• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

RUU Sekat Keluar Negara Jika Tak Bayar Caruman KWSP

oleh
03/12/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan hari ini membentangkan Rang Undang-undang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja yang memperkenalkan sekatan keluar negara ke atas mana-mana pihak yang tidak membayar dan menjelaskan caruman tertunggak.

Ia memasukkan nota bahu “menghalang orang daripada meninggalkan Malaysia tanpa membayar caruman” dalam Seksyen 39 akta berkenaan, yang menyatakan ketua pegawai eksekutif KWSP boleh mengeluarkan perakuan kepada ketua polis negara atau ketua pengarah imigresen untuk melarang mana-mana orang daripada meninggalkan Malaysia dalam hal keadaan tertentu.

Butirannya pindaan itu menyatakan jika CEO KWSP boleh mengeluarkan perakuan jika mempunyai sebab untuk percaya mana-mana orang hendak atau mungkin akan keluar negara tanpa membayar mana-mana caruman yang tertunggak atau kena bayar.

“Suatu perakuan yang mengandungi butir-butir mengenai orang itu dan caruman yang tertunggak dan kena dibayar dengan permintaan supaya orang itu dihalang daripada meninggalkan Malaysia, melainkan jika dia membayar caruman yang tertunggak,” katanya.

Salinan yang dilihat FMT itu juga menyebut individu berkenaan boleh mengemukakan jaminan sehingga memuaskan hati CEO bagi pembayarannya sebelum keluar negara.

Timbalan Menteri Kewangan, Amiruddin Hamzah membentangkan RUU itu, yang mengandungi 11 pindaan, untuk bacaan pertama di Dewan Rakyat hari ini. – FMT

Tags: caruman KWSPkeluar negaraRUU
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lulus 26 RUU Dalam Tempoh 12 Hari, Dewan Negara Ditangguh

Lulus 26 RUU Dalam Tempoh 12 Hari, Dewan Negara Ditangguh

19/12/2024
0

Kuala Lumpur: Persidangan Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen Ke-15 melabuhkan tirai hari ini setelah bersidang selama 12 hari bermula 2...

KKM Rancang Bentang RUU ‘Good Samaritan Law’ Lindungi Penyelamat Nyawa

KKM Rancang Bentang RUU ‘Good Samaritan Law’ Lindungi Penyelamat Nyawa

14/12/2024
0

GEORGETOWN: Kementerian Kesihatan (KKM) merancang memperkenalkan Rang Undang-Undang (RUU) berkonsepkan 'Good Samaritan Law' bagi melindungi individu yang bertindak memberikan bantuan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd