• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rusia Tolak Permintaan Belanda Serah Suspek Tragedi MH17

oleh
03/12/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

AMSTERDAM – Rusia telah menolak permintaan Belanda untuk menyerahkan seorang suspek dalam tragedi serangan ke atas pesawat Malaysia Airlines MH17.

Reuters melaporkan, warga Ukraine Volodymyr Tsemakh telah dikenal pasti sebagai suspek oleh pihak  Belanda dalam siasatan insiden gempar pada 17 Julai 2014 tersebut, yang mengorbankan kesemua 298 orang di dalam pesawat berkenaan.

Dua per tiga daripada jumlah itu merupakan warga Belanda, yang sedang dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.

MH17 telah ditembak jatuh sewaktu melintas ruang udara di wilayah yang dikuasai kumpulan pemisah pro-Rusia di timur Ukraine. 

Pasukan penyiasat berkata, peluru berpandu yang menghentam pesawat itu berasal dari jentera pelancar yang dibawa dari pangkalan tentera Rusia di Kursk, berdekatan dengan sempadan.

Moscow bagaimanapun menafikan sebarang salah laku.

Tsemakh dinamakan oleh pihak Belanda sebagai suspek, namun dia bukan dari kalangan empat lelaki – tiga warga Rusia dan seorang warga Ukraine – yang bakal berdepan perbicaraan di mahkamah Belanda pada Mac atas tuduhan membunuh.

“Perkhidmatan Pendakwaan Awam merumuskan bahawa Rusia secara sukarela membenarkan Tsemakh meninggalkan Persekutuan Rusia dan menolak permintaan Belanda. Di bawah Konvensyen Ekstradisi Eropah, Rusia perlu memetuhinya,” ujar satu kenyataan.

Rusia tidak mengekstradisi warganegaranya, namun pendakwa raya Belanda berkata ia tiada kaitan dengan kes itu kerana Tsemakh adalah warga Ukraine.

Pendakwa raya Belanda masih belum membuat keputusan sama ada akan mendakwa Tsemakh.

Tsemakh, yang dikenal pasti sebagai bekas komander puak pemisah yang disokong Rusia di timur Ukraine, telah dibawa ke Rusia sebagai pertukaran tahanan pada September antara Moscow dan Kiev.

Pendakwa raya Belanda berkata, mereka sudah meminta Moscow menahan Tsemakh dan menyerahkannya kepada pihak berkuasa Belanda untuk disoal siasat, namun telah menerima notis pada 19 November yang menyatakan Rusia tidak boleh berbuat demikian kerana keberadaannya tidak diketahui. – Agensi

Tags: BelandaMalaysia AirlinesMH17Rusia
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Russia Digantung Kerana Perang, AS Dan Israel Tak Mengapa – Apa Sudah Jadi Pada FIFA? 

Russia Digantung Kerana Perang, AS Dan Israel Tak Mengapa – Apa Sudah Jadi Pada FIFA? 

11/03/2026
0

Oleh Mynewshub APABILA Russia menceroboh Ukraine pada 2022, Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) terus menggantung negara...

Menunggu Macam Orang Bodoh – Pakistan Keluar Nota Bantahan Kepada Rusia

Menunggu Macam Orang Bodoh – Pakistan Keluar Nota Bantahan Kepada Rusia

13/12/2025
0

BREAKING: Pakistan Mengeluarkan Protes Diplomatik Ke Atas Rusia Selepas Putin Tidak Hadir Pada Pertemuan Dengan PM Shehbaz Sharif Ashgabat, Turkmenistan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd