Saturday, April 27, 2024

Creating liberating content

Johor Sedia Buka Banyak...

SEGAMAT: Kerajaan Johor bersiap sedia membuka lebih banyak pusat pemindahan sementara (PPS) di...

Video: Penuntut Kolej Selamba...

RAKAMAN kamera papan pemuka (dashboard) kenderaan telah merakam bagaimana sebuah kereta dipandu seorang...

Musa Aman Bebas 5...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini hari ini membebaskan bekas ketua menteri...

Kacak… Jejaka Yang Berjaya...

14 OGOS ini telah diumumkan sebagai tarikh penyatuan dua hati di antara anakanda...

Ronaldo Pemain Terbaik Kali Keenam

CRISTIANO Ronaldo mengakhiri kempen 2019 dengan memenangi kategori pemain lelaki terbaik pada Anugerah Globe Soccer Dubai.

Ronaldo yang menduduki tempat ketiga Ballon d’Or 2019 di belakang Virgil van Dijk dan pemenang, Lionel Messi meraih anugerah itu kali keenam sejak diperkenalkan sembilan tahun lalu selain kejayaan keempat berturut-turut buat pemain berusia 34 tahun itu yang membantu Juventus menjuarai gelaran Serie A pada musim 2018-19 dan turut membantu Portugal menjuarai Liga Negara-Negara.

“Saya berterima kasih kepada famili, teman wanita, anak saya yang menunggu di hotel, rakan dan rakan sepasukan di Juventus. Juga kepada pasukan kebangsaan, ejen dan semua yang menyokong gala ini,” kata Ronaldo dalam ucapannya yang dilaporkan ​thenational.ae.

“Terima kasih juga kepada komuniti Arab yang sangat baik kepada saya di samping Dubai, tempat yang cantik. Saya ke sini setiap tahun dan saya cintakan tempat ini.

“Akhir sekali kepada sesiapa sahaja yang mengundi saya. Satu penghormatan berada di sini dan menerima anugerah hebat ini.


“Saya berharap dapat kembali ke sini tahun depan dan sudah tentu untuk menerima anugerah ini. Terima kasih semua dan Selamat Tahun Baru.”

Selain Ronaldo, antara nama besar lain turut menerima pengiktirafan ialah pemain Atletico Madrid, Joao Felix yang dinamakan pemain muda terbaik dan Miralem Pjanic menerima anugerah karier pemain.

Pemain England, Lucy Bronze dipilih pemain terbaik wanita tahunan manakala pengurus Liverpool, Jurgen Klopp dinobat pengurus terbaik. – Agensi

Kategori