• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rezeki Nadzrul Zarfan Bertemu Mufti Wilayah Persekutuan

oleh
09/12/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kanak-kanak yang tular mengutus surat kepada pengurusan sebuah surau selepas dihalang solat saf pertama berkesempatan bertemu dengan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri hari ini.

Pertemuan Nadzrul Zarfan Sharul Azly, 10, di pejabat mufti itu ditemani oleh kedua ibu bapanya dan kanak-kanak itu berpeluang menceritakan pengalaman sebenar dilaluinya.

Video berdurasi 31 minit itu dimuat naik di Facebook rasmi Mufti Wilayah Persekutuan, turut memperdengarkan kemerduan suara Nadzrul Zarfan membaca surah al-Fatihah dan doa qunut selepas diminta mufti.

Zulkifli juga memberi nasihat kepada kanak-kanak itu selain mendoakan menjadi anak yang soleh.

“Orang tua kita hormat, ibu bapa kita hormat, guru-guru kita hormat.

“Sikap yang ditunjukkan oleh anakanda Nadzrul ni baik sebenarnya, kurang-kurang masalah ni memberi kecelikan kepada pihak agamawan dan pihak ustaz.

“Memang ada khilaf satu-satu (perkara) tu. Jadi yang penting kita tafsirkan khilaf yang rahmah seperti ini menyebabkan masing-masing baik,” katanya.

Dalam paparan itu, jelas Dr. Zulkifli menandatangani beberapa buku agama sebelum diserahkan kepada kanak-kanak tersebut.

Pertemuan dan perbualan cukup bermakna itu diakhiri dengan doa kebaikan dan kebahagiaan.

Baru-baru ini, tular di laman sosial apabila Nadzrul menulis surat meminta penjelasan lanjut daripada imam, pengerusi serta ahli jawatankuasa surau yang menghalangnya menunaikan solat di saf hadapan.

Penularan itu mendapat reaksi dari Dr. Zulkifli dan netizen lain yang memuji sikap kanak-kanak terbabit. – Sinar Harian

Tags: Mufti Wilayah PersekutuanNadzrul Zarfan Sharul AzlyZulkifli Mohamad Al-Bakri
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan Saran Joe Branko Hasilkan Lagu Ketuhanan

Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan Saran Joe Branko Hasilkan Lagu Ketuhanan

06/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan menerima kunjungan hormat legenda rock tanah air, Joe Branko dan Eddie hari ini....

Malaysia Adalah Negara Islam Secara Fikhi, Geografi, Sejarah Dan Realiti – Mufti Wilayah

Malaysia Adalah Negara Islam Secara Fikhi, Geografi, Sejarah Dan Realiti – Mufti Wilayah

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Mufti Wilayah Persekutuan, Ahmad Fauwaz Fadzil mengingatkan semua pihak bahawa Malaysia adalah negara Islam. Beliau menerusi satu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd