• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Dapat Perintah Mahkamah Terhadap Sidang Jawi Dong Zong

oleh
27/12/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Polis mengumumkan ia memohon dan mendapat perintah mahkamah untuk kumpulan pendidikan Cina, Persekutuan Persatuan-persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) tidak meneruskan Persidangan Membantah Isu Tulisan Jawi esok.

Polis menyerahkan perintah itu kepada Dong Zong pada petang tadi.

“Polis menyeru semua pihak agar menghormati undang-undang dan perintah mahkamah ini. Polis akan ambil tindakan tegas sekiranya ada pihak yang enggan mematuhinya,” kata Ketua Polis Kajang, Ahmad Dzaffir Mohd Yussof dalam kenyataan hari ini.

Dong Zong dilaporkan akan menganjurkan suatu persidangan pada 28 Dis bagi membantah pengenalan pembelajaran tulisan Jawi kerana didakwa bertentangan dengan keputusan Kabinet dan Dokumen Standard Kurikulum Dan Pentaksiran (DSKP).

Ahli Jawatankuasa Pusat, Low Chee Chong dilapor berkata persidangan esok akan membincangkan pembelajaran Jawi di sekolah vernakular dan tujuannya untuk meyakinkan kerajaan agar membatalkan pengajarannya.

Ia juga hanya dibuka kepada wakil-wakil NGO Cina.

Setiausaha Agung Ng Chai Heng di satu forum semalam berkata komuniti itu khuatir pengenalan Jawi mempunyai unsur Islamisasi.

Dzaffir berkata polis memohon perintah mahkamah itu bagi mengekalkan keselamatan dan ketenteraman awam, selepas menerima banyak laporan polis dari seluruh negara berhubung persidangan itu.

“Atas dasar untuk mengelakkan berlakunya gangguan ketenteraman awam yang mana boleh mencetuskan kegusaran orang ramai,” katanya. – FMT

Tags: Dong Zongpolissekolah cinatulisan Jawi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

28/03/2026
0

IPOH: Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes disyaki curi kabel di Jalan Pakatan Jaya, Taman Pakatan Jaya...

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

05/03/2026
0

Oleh Mynewshub  KLANG – Suasana di Balai Polis Meru bertukar kecoh apabila sekumpulan lelaki dipercayai dalam keadaan mabuk bertindak menyerbu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd