• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 2, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PH Sibuk Siapa Mahu Jadi PM, Bukan Urus Negara

oleh
05/12/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Mohamad Hassan mengingatkan kepada kepemimpinan tiga sayap UMNO mengenai perlunya mereka menggagalkan Pakatan Harapan (PH) daripada terus menerajui kerajaan.

Timbalan Presiden UMNO berkata, semua ahli mesti menjadi pelopor dan berusaha bersungguh-sungguh dengan menjadikannya sebagai gerakan massa untuk mengajak rakyat menolak PH.

“Rakyat kini benar-benar rasa tertipu, terpedaya, dibohongi dan dikencing oleh PH sepanjang 18 bulan menjadi kerajaan. Ternyata PH telah menggagalkan negara ini dan rakyatnya secara sistematik.

“Mereka telah gagal dalam menunaikan janji, gagal mengurus negara ini dan gagal melaksanakan pembaharuan yang mereka janjikan.

“Mereka adalah pakatan yang gagal. Pakatan yang bukan sahaja menjadikan negara ini rapuh malah telah melemahkan kedudukan, pengaruh dan kekuasaan bangsa Melayu serta kedudukan Islam,” katanya berucap merasmikan persidangan serentak Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri di Perhimpunan Agung UMNO 2019 (PAU 2019) di Pusat Dagangan Dunia Putra malam ini.

Menurut Mohamad, keutamaan PH bukan menguruskan negara tetapi siapa yang bakal menjadi perdana menteri sehingga timbul pelbagai perbalahan dalaman dan percakaran kuasa yang sangat memalukan.

Sehingga ada juga dalam kalangan ahli UMNO yang terikut-ikut, malah diperkudakan oleh kalangan tertentu demi survival dan percaturan kedudukan politik tokoh terbabit.

Yang pasti, kata beliau, UMNO sama sekali tidak boleh memperjudikan Malaysia dan masa depannya dan inilah mesej utama yang harus ahli fahami dari keputusan PRK Tanjung Piai baru-baru ini.

Katanya, keputusan itu jelas sekali membuktikan rakyat sudah muak, benci dan meluat pada tahap yang sudah tidak boleh dibendung lagi terhadap kerajaan PH.

“Tanjung Piai adalah referendum yang memutuskan PH kerajaan lemah, gagal berimaginasi dan menguruskan negara. Ia adalah referendum bahawa kebajikan dan kedudukan Malaysia serta rakyatnya tidak pun menjadi lebih baik, sebaliknya semakin deras menyusut.

“Apa yang dilakukan kerajaan PH masa kini sungguh memalukan dan mengaibkan, lebih lagi apabila mereka sering meminta masa untuk kononnya ‘memperbaiki’ negara,” kata beliau.

Mohamad berkata, apa yang dilakukan seakan Malaysia dianggap suatu eksperimen dalam tabung uji kaji yang boleh dibuang begitu sahaja jika gagal dan tidak menjadi.

Percayalah, katanya, kegagalan 18 bulan PH mentadbir hanya permulaan kepada lebih banyak kegagalan yang bakal menyusul dan soalnya, bagaimana harus UMNO menggagalkan PH.

Justeru, beliau menganjurkan beberapa cara yang antaranya ahli UMNO mesti menjadi agen semak dan kritik yang benar-benar efektif memandangkan ini adalah era demokrasi digital.

Katanya, setiap ahli juga boleh berperanan secara bertanggungjawab dan beretika untuk mencari pelbagai kelemahan, kegagalan dan kepincangan PH serta mendedahkannya kepada rakyat melalui pelbagai medium media sosial.

“Cara seterusnya, kita mesti mengukuhkan Muafakat Nasional dengan sebenar-benar pengukuhan. Maknanya, kita semua mesti menjiwainya, memperjuangkan ideanya dan menjayakannya dengan pelbagai cara.

“Kitalah road map sebenar Muafakat Nasional. Kitalah yang mesti menterjemahkannya di akar umbi dan Muafakat Nasional ini mesti dirakyatkan dan mesti difahami oleh rakyat kebanyakan serta diterima oleh mereka,” katanya.

Beliau menjelaskan, tugas itu terletak pada semua ahli, bukan sekadar presiden dan pasukannya sahaja.

“Ingat, kita telah menang empat pilihan raya kecil melalui kerjasama erat UMNO, Barisan Nasional (BN) dan rakan sahabat yang lain khususnya Pas. Maknanya Muafakat Nasional adalah formula dan strategi politik yang berhasil dan mempunyai keampuhan.

“Jadi, perjuangkanlah Muafakat Nasional ini. Yakinlah dengannya. Terjemahlah ia agar insya-Allah melaluinya akan kembalilah bahtera Malaysia ini ke pangkuan kita,” katanya. – MalaysiaGazette

Tags: muafakat nasionalPerhimpunan Agung UMNO
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Zulfarhan Jerit, Tarik Kaki Semasa Ditekap Seterika Wap

Next Post

Indonesia Hargai Bantuan Malaysia Setiap Kali Ditimpa Musibah

Related Posts

UMNO Serah RoS Putuskan Keabsahan Tidak Pertanding Jawatan Tertinggi

UMNO Serah RoS Putuskan Keabsahan Tidak Pertanding Jawatan Tertinggi

23/01/2023
0

BAGAN DATUK: UMNO bersikap terbuka kepada pihak yang mempunyai pandangan berbeza terhadap ketetapan tiada pertandingan bagi dua jawatan tertinggi parti...

Keahlian Muafakat Nasional Kini 30,000 Orang

Keahlian Muafakat Nasional Kini 30,000 Orang

15/01/2023
0

Kuala Lumpur : Keahlian Muafakat Nasional (MN) kini mencecah 30,000 orang selepas lebih sebulan permohonannya untuk menyertai pertubuhan itu dibuka...

Next Post

Indonesia Hargai Bantuan Malaysia Setiap Kali Ditimpa Musibah

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd