• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 1, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Permohonan Pindah Kes Goldman Sachs Singapura 14 Januari

oleh
26/12/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi menetapkan 14 Januari depan untuk mendengar permohonan pendakwaan bagi memindahkan kes berkaitan bon AS$6.5 bilion (RM27.2 bilion) membabitkan Goldman Sachs (Singapura), daripada Mahkamah Majistret ke Mahkamah Tinggi.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Zaki Asyraf Zubir ketika ditemui pemberita, berkata mahkamah menetapkan tarikh sebutan permohonan terbabit di dalam kamar Hakim Mohamed Zaini Mazlan.

Zaki Asyraf berkata, tarikh itu turut ditetapkan memandangkan penyampaian notis saman terhadap Goldman Sachs (Singapura) masih dalam proses.

Sementara itu, peguam Krishna Dallumah bersama Datuk Prem Ramachandran yang mewakili Goldman Sachs tidak membantah permohonan berkenaan.

Pada 19 Disember 2018, pendakwaan memfailkan empat tuduhan ke atas Goldman Sachs kerana meninggalkan fakta material berhubung penjualan bon terbitan antara anak syarikat 1MDB dengan Aabar Investments PJS Limited (Aabar Limited).

Syarikat itu dituduh melakukan kesalahan itu antara 19 Mac 2012 hingga 11 November 2013, di 1MDB, Aras 8, Menara IMC, No 8, Jalan Sultan Ismail, di sini.

Pertuduhan dilakukan mengikut Subseksyen 179(c) Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 dan sabit kesalahan boleh dipenjara tidak melebihi 10 tahun dan denda tidak kurang RM1 juta.

Pada 19 Disember 2018, bekas ahli perbankan Goldman Sachs, Roger Ng Chong Hwa, 46, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, atas dakwaan memainkan peranan dalam pengeluaran bon berkaitan 1MDB.

Jabatan Keadilan Amerika Syarikat menganggarkan sekitar AS$4.5 bilion diselewengkan daripada 1MDB antara 2009 hingga 2014, termasuk sebahagian dana yang dibantu Goldman Sachs.

Tags: 1MDBAabar LimitedGoldman SachsSingapura
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Gerhana ‘Ring Of Fire’ Bakal Gelapkan Langit India, Filipina

Next Post

Agong, Raja Permaisuri ‘Raja Dan Rakyat Berpisah Tiada’

Related Posts

Tiga Waran Tangkap Dikeluarkan Terhadap Bekas Peguam 1MDB, Jasmine Loo: saksi

Tiga Waran Tangkap Dikeluarkan Terhadap Bekas Peguam 1MDB, Jasmine Loo: saksi

10/04/2025
0

PUTRAJAYA: Tiga waran tangkap dikeluarkan kepada bekas peguam 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Jasmine Loo Ai Swan untuk didakwa mengikut pertuduhan...

Najib Tidak Terlibat, Keputusan 1MDB Ikut Prosedur – Che Lodin

Najib Tidak Terlibat, Keputusan 1MDB Ikut Prosedur – Che Lodin

05/03/2025
1

SHAH ALAM - Pasukan pembelaan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memanggil saksi ke-13 iaitu Penolong Pesuruhjaya Kanan,...

Next Post

Agong, Raja Permaisuri 'Raja Dan Rakyat Berpisah Tiada'

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd