• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, July 21, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemimpin Politik Perlu Utama Kebajikan Rakyat – Sultan Selangor

oleh
11/12/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KLANG – Pemimpin politik khususnya di Selangor dinasihatkan memberi keutamaan kepada rakyat dalam urusan pentadbiran kerajaan negeri.

Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah, sejak kebelakangan ini, rakyat menderita dengan kesempitan hidup akibat kenaikan harga barangan dan kos kehidupan yang semakin meningkat dari sehari ke sehari.

“Beta menyeru kepada pemimpin politik ini untuk turun bersama bagi melihat masalah rakyat dan berusaha keras ke arah membantu mereka terutama yang berpendapatan rendah dan miskin.

“Beta sebagai sultan di negeri Selangor mengambil berat terhadap kesejahteraan rakyat beta dan sentiasa inginkan rakyat beta dapat hidup dengan aman dan harmoni,” titah baginda.

Baginda bertitah ketika Istiadat Penganugerahan dan Pengurniaan Darjah dan Bintang Kebesaran Negeri Selangor sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Ke-74 Sultan Selangor di Balairung Seri Istana Alam Shah hari ini.

Turut hadir, Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin dan Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Titah baginda, Selangor bermula sebagai sebuah negeri sederhana pembangunannya dan kemudian dibangunkan secara terancang sehingga menjadi sebuah negeri pesat membangun dan termaju di negara ini.

Baginda turut mengharapkan kemajuan dan kemakmuran dicapai ketika ini dapat dinikmati berterusan oleh rakyat melalui pengurusan dan perkhidmatan yang cekap dan amanah dengan meletakkan kemakmuran rakyat sebagai matlamat utama.

Dalam majlis istiadat tersebut, Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari mendahului senarai 91 penerima darjah dan bintang kebesaran Selangor dengan pengurniaan Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor (SPMS), iaitu Darjah Kelas Pertama yang membawa gelaran Datuk Seri.

Naib Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Datin Paduka Dr. Aini Ideris pula menerima Darjah Kebesaran Datuk Setia-Sultan Sharafuddin Idris Shah (SSIS) (Kelas Pertama) yang membawa gelaran Datuk Setia bagi lelaki dan Datin Paduka Setia bagi wanita.

Istiadat pengurniaan darjah dan bintang kebesaran itu berlangsung di Istana Alam Shah di sini.

Tags: pemimpin politikRakyatSultan SelangorSultan Sharafuddin Idris Shah
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Karmaine Nafi Video Mahu Kembali Pada UMNO

Next Post

Hentikan Sengketa, Rakyat Sedang Memerhati – Muhyiddin

Related Posts

Sultan Selangor Perkenan Terima Zakat Perniagaan Pintas Utama RM3 Juta

Sultan Selangor Perkenan Terima Zakat Perniagaan Pintas Utama RM3 Juta

16/03/2025
0

Shah Alam: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menerima serahan zakat perniagaan untuk Lembaga Zakat Selangor (LZS) daripada Syarikat...

Sultan Selangor Titah Umat Islam Perkukuh Akidah Dan Iman

Sultan Selangor Titah Umat Islam Perkukuh Akidah Dan Iman

08/02/2025
0

KUALA LUMPUR: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan umat Islam khususnya rakyat Selangor supaya terus berusaha memperkukuhkan akidah dan...

Next Post

Hentikan Sengketa, Rakyat Sedang Memerhati - Muhyiddin

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd