• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pembahas Tidak Berkualiti, Memalukan – Azmin

oleh
09/12/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali meluahkan rasa malu terhadap kualiti pembahas pada Kongres Nasional PKR 2019 yang berlangsung di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) semalam.

Beliau menyifatkan pembahas yang dipilih Majlis Pimpinan Negeri (MPN) tidak berkualiti apabila tidak menyentuh soal dasar yang menjadi kepentingan rakyat sebaliknya lebih kepada serangan peribadi.

“Saya malu dengan kualiti pembahas. Tidak berkualiti dan memalukan. Berbeza dengan dua lagi (dengan merujuk salah satunya iaitu Konvensyen Nasional Amanah).

“Lihat Amanah, Presidennya mengiktiraf sumbangan ahli Kabinetnya yang menyumbang kepada negara. Bila berbahas, mereka menyentuh isu rakyat. Itu pembahas Amanah.

“Ini yang kononnya reformasi tapi menyentuh soal pengkhianat, keluar, pecat, kartel,” katanya pada Majlis Makan Malam Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 di Hotel Renaissance, hari ini.

Turut hadir tiga Naib Presiden PKR, Zuraida Kamaruddin, Tian Chua dan Ali Biju; ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR, R Sivarasa; Ketua Wanita PKR, Haniza Mohamed Talha; Timbalan Ketua Wanita PKR, Dr Daroyah Alwi dan Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Muhammad Hilman Idham.

Hadir sama bekas Timbalan AMK, Dr. Afif Baharudin.

Menurutnya, pertemuan dengan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 4 Disember lalu telah memperincikan pemilihan pembahas perlulah berkualiti kerana parti itu mewakili kerajaan.

“Tetapi mereka langsung tidak menyentuh soal perumahan, pekerjaan, ekonomi, pendidikan.

“Malah dasar Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 juga tidak disebut. Adakah kerana dasar itu datangnya dari Kementerian Hal Ehwal Ekonomi?” katanya.

Azmin juga menegaskan, beliau terbuka menerima teguran pembahas melibatkan isu dasar, bukan serangan bersifat peribadi.

“Saya diberikan amanah melancarkan sayap Wanita dan AMK, ia berjalan lancar, aman dan baik. Saya tidak sentuh isu Si Kitol atau sebagainya.

“Ini kerana saya mahu buktikan PKR menjadi parti yang berkualiti, ahli dan pemimpin yang berakhlak tetapi akhirnya cakap tidak serupa bikin,” katanya merujuk kepada ucapan pembahas pada kongres tersebut. – Sinar Harian

Tags: Kongres Nasional PKRMohamed Azmin Ali
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Rafizi ‘Tiada’ Di Kongres Nasional PKR Pagi Ini

Rafizi ‘Tiada’ Di Kongres Nasional PKR Pagi Ini

24/05/2025
0

JOHOR BAHRU: Datuk Seri Rafizi Ramli yang tewas dalam saingan jawatan nombor dua PKR malam tadi tidak kelihatan di hari...

Azmin Gagal Batal Saman 10 Pengundi Gombak

30/06/2021
0

KUALA LUMPUR - Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali gagal membatalkan saman yang difailkan 10...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd