• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 14, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nombor TAC Jadi Trend Terkini Para Scammer

oleh
27/12/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Alasan untuk mengemaskini atau membetulkan butiran akaun bank antara helah digunakan sindiket penipuan untuk memperdaya mangsa menyerahkan maklumat perbankan internet dan nombor Kod Pengesahan Transaksi (TAC) sebelum wang dalam akaun bank mereka disapu licin.

Malah, ada juga beberapa kes di negeri ini, si penjenayah menggunakan alasan untuk membetulkan nombor telefon tersalah daftar, membatalkan pinjaman dan pembayaran bil hospital datuk dan nenek mangsa.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial negeri, Superintenden Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, sehingga September 2019, sebanyak sembilan kertas siasatan dibuka berkaitan penipuan menggunakan modus operandi seumpama itu.

“Daripada jumlah itu, enam kes dilaporkan di daerah Temerloh, dua kes di Kuantan dan satu kes di Rompin dengan jumlah kerugian lebih RM35,000,” katanya kepada Sinar Harian di sini semalam.

Mohd Wazir berkata, berdasarkan kes-kes yang dilaporkan, suspek yang menyamar sebagai pegawai bank, polis, dan pegawai dari pelbagai agensi akan menghubungi mangsa melalui aplikasi WhatsApp, Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) dan panggilan telefon dengan memaklumkan akaun bank milik mangsa ada masalah yang perlu dikemas kini.

“Suspek akan minta nombor TAC dari mangsa dengan alasan untuk mengemaskini butiran bank dan biasanya anggota sindiket penipuan itu menggunakan pelbagai alasan selain menggunakan nombor telefon yang berbeza setiap kali menghubungi mangsa.

“Walaupun kes-kes penipuan melibatkan scammer ini sering dilaporkan, namun masalah ini seolah tiada kesudahan apabila masih ramai yang menjadi mangsa penipuan ini yang menggunakan pelbagai modus operandi,” katanya.

Mohd Wazir berkata, orang ramai dinasihatkan supaya tidak mudah mempercayai individu tidak dikenali sekiranya dihubungi apatah lagi sekiranya dimaklumkan terlibat dalam kes-kes jenayah, tunggakan pinjaman atau hutang kad kredit dan sebagainya atau sebarang perkara yang meragukan.

“Jangan sesekali menyerahkan maklumat bank, butiran perbankan internet dan nombor TAC kepada pihak yang tidak dikenali atas apa alasan sekalipun.

“Sebaik-baiknya sentiasa tukar kata laluan perbankan dalam talian dengan segera jika pernah berkongsi apa apa maklumat dengan individu lain,” katanya. – Sinar Harian

Tags: Kod Pengesahan TransaksiNombor TACscammer
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Wanita, Bayi 8 Bulan Maut Nahas 6 Kenderaan

Next Post

Harga Bawang Merah Naik Mendadak

Related Posts

‘Scammer’ Menyamar Anuar Zain

‘Scammer’ Menyamar Anuar Zain

13/04/2024
0

KUALA LUMPUR: Penyanyi Anuar Zain memberi amaran kepada peminat supaya tidak mudah terpedaya dengan pihak yang menyamar sebagai dirinya. IKUTI...

Wanita Pengarah Syarikat Rugi RM2.4 Juta Ditipu Scammer

Wanita Pengarah Syarikat Rugi RM2.4 Juta Ditipu Scammer

20/11/2023
0

SHAH ALAM: Seorang wanita merupakan pengarah sebuah syarikat kerugian hampir RM2.4 juta akibat terperdaya dengan sindiket penipuan pelaburan dalam talian...

Next Post

Harga Bawang Merah Naik Mendadak

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd