• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Negara Lokasi Jho Low Sembunyi Tidak Ikhlas Bantu

oleh
23/12/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Usaha membawa pulang Low Taek Jho atau Jho Low dari lokasi persembunyiannya di luar negara, berdepan kesukaran berikutan negara terbabit tidak memberikan kerjasama penuh kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador, berkata pelbagai usaha diplomasi sudah dilakukan beliau dan pasukannya, namun pihak berkuasa di negara lokasi persembunyian Jho Low seolah-olah tidak ikhlas dalam membantu Malaysia memberkas ahli perniagaan dalam buruan itu, walaupun ada perjanjian ekstradisi dengan negara terbabit.

Meskipun kecewa dengan tindakan pihak berkuasa negara itu, beliau berkata, usaha membawa pulang Jho Low tetap dilakukan secara serius melalui pelbagai cara.

“Usaha dan kerjasama antara Malaysia dengan negara terbabit sepatutnya mesti ada semangat membalas budi, namun saya melihat pihak yang satu lagi tidak ikhlas dalam membantu kita mendapatkan Jho Low dan ini benar-benar mengecewakan saya.

“Pada saya, dalam zaman serba moden dengan teknologi terkini dan canggih ini, adalah mustahil untuk negara terbabit kononnya tidak mengetahui lokasi Jho Low berada,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi serta Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Abdul Hamid berkata, dirinya pernah berjanji untuk membawa Jho Low kembali ke tanah air sebelum akhir tahun tetapi jika negara terbabit tidak memberikan bantuan yang sepatutnya, usaha itu memang amat sukar.

“Berdasarkan maklumat perisikan, kita (PDRM) mengetahui kedudukan dan lokasi persembunyiannya, namun kerjasama serta bantuan daripada pihak berkuasa negara itu amat penting bagi memudahkan proses membawa pulang Jho Low, seterusnya dihadapkan ke muka pengadilan.

“Sekiranya tindakan negara itu masih berterusan, tidak mustahil pada masa depan (PDRM) akan mengambil tindakan serupa terhadap negara berkenaan, termasuk dalam proses mengekstradisi penjenayah mereka di negara ini,” katanya.

Beliau berkata, siasatan terkini PDRM juga mendapati Jho Low berusaha membeli hartanah di beberapa negara lain menggunakan wang didakwa dirompak dari Malaysia selepas usahanya membeli hartanah di Cyprus berjaya dikesan.

Tags: 1MDBAbdul Hamid BadorJho LowPDRM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PDRM Terima 45 Laporan Pemalsuan Dokumen 7 Pemain Warisan

PDRM Terima 45 Laporan Pemalsuan Dokumen 7 Pemain Warisan

07/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima 45 laporan berhubung isu pemalsuan dokumen membabitkan tujuh pemain warisan Harimau Malaya. Laporan...

Penjelasan Yang Paling Sedap Mengenai Najib, Jho Low Dan 1MDB

Penjelasan Yang Paling Sedap Mengenai Najib, Jho Low Dan 1MDB

28/12/2025
0

Oleh Lim Sian See Asas paling penting dalam penghakiman yang mensabitkan Najib bersalah dalam kes 1MDB–Tanore ialah andaian bahawa Jho...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd