• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Neelofa Sedih Tinggalkan MeleTOP

oleh
04/12/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

NEELOFA atau Lofa tidak dapat menahan perasaan hiba dan sedih sewaktu mengumumkan akan mengundurkan diri daripada mengacarakan program MeleTOP yang cukup sinonim dengan dirinya.

Selepas tujuh tahun mengendalikan program bual bicara infotainment terbitan Astro itu, Lofa memberitahu sepanjang Disember ini adalah bulan terakhir dia bertugas sebagai pengacara di MeleTOP.

Lofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor, 30, berkata, keputusan itu sangat sukar untuk dibuat memandangkan dia sudah lama dan serasi dengan program berkenaan, tapi dia terpaksa kerana akan terbabit dengan program baru yang dirancang pihak Astro.

Dia turut menangis sewaktu membuat pengumuman menerusi rancangan MeleTOP yang bersiaran secara langsung di saluran Astro Ria, malam ini.

Neelofa mula mengendalikan program MeleTOP pada 30 Oktober 2012 bersama rakan pengacara juga pelawak popular, Nabil Ahmad.

Pasangan itu bersiaran bersama sebanyak 370 episod dan sepanjang mengendalikan program bual bicara infotainment terbabit, Neelofa dan Nabil dilihat cukup serasi.

Sepanjang mengendalikan MeleTOP, Neelofa dan Nabil mampu menonjolkan karakter dan saling melengkapi dengan kekuatan tersendiri.

Menyentuh mengenai siapa bakal pengganti Neelofa, pihak Astro menjelaskan perkara itu akan diumumkan Januari nanti. – myMetro Online

Tags: meletopNeelofapengacara
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Neelofa, PU Riz Timang Anak Lelaki

31/01/2022
0

KUALA LUMPUR : Pelakon dan pendakwah bebas, Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz berkongsi khabar berita apabila isterinya, Neelofa...

Kes Neelofa, Suami Ditangguh Lagi

12/08/2021
0

SEREMBAN - Sebutan semula kes membabitkan selebriti Noor Neelofa Mohd Noor dan suaminya, Muhammad Haris Mohd Ismail yang didakwa melanggar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd