• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mufti WP Gesa Jawi Kuatkuasa Larang Sumpah Laknat Di Masjid

oleh
23/12/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Jabatan Agama Islam Wilayah persekutuan (Jawi) digesa menguatkusakan peraturan melarang majlis berkaitan sumpah laknat melibatkan kepentingan awam atau kes dibicarakan di mahkamah dilakukan di masjid, kata mufti Wilayah Persekutuan.

Zulkifli Mohamad berkata, ia wajar dilakukan bagi mengelakkan institusi masjid dimanipulasi, memandangkan pada ketika ini wujud institusi mahkamah untuk menyelesaikan isu-isu berkaitan perundangan.

“Pada masa kini, setelah wujudnya mahkamah untuk menyelesaikan perundangan. Justeru, kami berpendapat bahawa mahkamah adalah tempat yang lebih sesuai dan tepat untuk melakukan sumpah, jika diperlukan.

“Jawi wajar mewujudkan dan menguatkuasakan apa-apa peraturan melarang apa-apa majlis berkaitan dengan sumpah atau sumpah laknat melibatkan kepentingan awam atau kes yang dibicarakan di mahkamah.

“Ia bagi mengelakkan institusi masjid dimanipulasi oleh mana-mana pihak. Berkenaan isu sumpah dan mubahalah, kami akan menerbitkan satu Bayan Linnas khas,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Zulkifli tidak menamakan mana-mana pihak, namun kenyataan itu dibuat merujuk tindakan bekas perdana menteri Najib Razak pada Jumaat lalu yang bertindak melafazkan sumpah laknat.

Najib dalam sumpah laknatnya menafikan memberikan apa-apa arahan kepada bekas pegawai polis Azilah Hadri atau mana-mana pihak untuk membunuh warga Mongolia, Altantuya Shariibuu.

Najib melafazkan sumpah laknat di Masjid Jamek Kampung Baru disaksikan isterinya, Rosmah Mansor, anak mereka, Nooryana Najwa Najib dan lebih kurang 500 orang lain selepas selesai salat Jumaat.

Bekas perdana menteri itu bertindak sedemikian bagi menafikan dakwaan dalam akuan berkanun Azilah, seorang bekas komando Unit Tindakan Khas, yang mengaitkan beliau dengan kematian Altantuya.

Najib pernah melafazkan sumpah laknat yang sama ketika beliau memegang jawatan timbalan perdana menteri 11 tahun lalu di Masjid Guar Perahu, Pulau Pinang, menafikan beliau mengenali Altantuya.

Altantuya dibunuh pada Oktober 2006 di kawasan hutan di Puncak Alam berdekatan Shah Alam, Selangor, dengan tembakan ke kepala sebelum tubuhnya diletupkan.

Zulkifli berkata, mubahalah atau sumpah laknat tidak menjadi tuntutan sekiranya kes sedang dibicarakan di mahkamah. Bahkan proses keadilan di mahkamah tidak eksklusif pada sumpah sahaja.

“Pembuktian yang lain seperti pengakuan, penyaksian dan pembuktian (perlu) di hadapan hakim. Dalam pinsip perundangan Islam, sumpah hanya akan diambil kira atau dilakukan apabila diminta qadhi atau hakim.

“Ia dilaksanakan selepas pendakwaan dilakukan, bahan bukti dikemukakan dan keterangan saksi didengar, ia disebut sebagai ‘al yamin al qadha’iyyah’,” katanya. – FMT

Tags: altantuya shaariibuuNajib Tun Razaksumpah laknatZulkifli Mohamad Al-Bakri
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Najib Pertahankan Kabinet Baru

30/08/2021
0

BETUL! Rakyat, hasil dan pencapaian perlu diutamakan. Saya perhati ramai yang kecewa dengan pengumuman kabinet baharu hari ini. Seolah-olah kebanyakan...

Kerajaan Lama Berundur, Bursa Terus Elok

30/08/2021
0

BURSA Malaysia telah mencatat prestasi antara terbaik dalam dunia sejak kerajaan lama undur diri pada 16 Ogos lalu.Indeks bursa telah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd