• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mengapa Nama Raja Permaisuri Agong Begitu Panjang?

oleh
13/12/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah hari ini menerangkan kepada umum mengapa namanya begitu panjang.

Dalam satu tweet di Twitter @cheminahsayang, Tunku Azizah berkata, namanya diberikan oleh Almarhum Sultan Iskandar bersandarkan kepada empat nama.

Baginda bertitah bahawa namanya adalah gabungan daripada nama-nama nenda, nenda saudara, moyang baginda.

“Azizah (greatgrandaunt), Aminah (grandmother), Maimunah (greatgranmother) Iskandariah (father). Saya di beri 4 nama …. nama ayah saya Mahmood Iskandar, yang lain itu gelaran ayah apabila dia menjadi Sultan,” tweet baginda.

Tunku Azizah membuat tweet itu menjawab pertanyaan @mhermanrawi yang mahu penjelasan baginda mengenai namanya yang begitu panjang.

“Assalam Tuanku Permaisuri. Tadi duk bersembang dengan kawan, kami tertanya2 berkenaan nama Tuanku yang panjang yakni Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum AlMutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj. Sudilah kiranya tuanku mencerah?” tanya beliau di Twitter @cheminahsayang.

@mhermanrawi turut membuat tanda pagar #brocuba bagi menandakan beliau ingin bertanyakan soalan kepada Tunku Azizah yang kemudiannya dijawab Tunku Azizah.

Raja Permaisuri Agong itu sebelum ini aktif di media sosial antaranya Twitter dan sering mendapat perhatian umum apabila turut berkongsi resepi baginda di media sosial. – MalaysiaGazette

Tags: Raja Permaisuri AgongTunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Agong, Permaisuri Buat Lawatan Negara Ke Brunei Esok

Agong, Permaisuri Buat Lawatan Negara Ke Brunei Esok

12/10/2024
0

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah akan mengadakan lawatan negara ke Brunei...

Lori Sampah Rosak Brek Rempuh 14 Kenderaan

Agong, Permaisuri Zahirkan Ucapan Selamat Menyambut Aidilfitri Kepada Umat Islam

10/04/2024
1

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan selamat Hari Raya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd