• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 7, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Tuan Rumah WESG 2019-2020 Asia Pasifik

oleh
10/12/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Malaysia menjadi tuan rumah temasya Sukan Elektronik Dunia (WESG) Asia Pasifik 2019-2020 dengan disertai 260 pemain dari 58 negara di Pusat Konvensyen Sunway Pyramid di sini, dari 3 hingga 5 Januari depan.

Empat permainan e-sukan iaitu DOTA2 (Defenders of the Ancients), Counter Strike: Global Offensive (CS GO), Starcraft 2 dan Pro Evolution Soccer (PES) akan dipertandingkan untuk merebut hadiah wang tunai US$300,000 (RM1.248 juta) serta tiket ke pusingan Grand Final WESG di China, tahun depan.

WESG merupakan inisiatif, Alibaba Sports, anak syarikat gergasi e-dagang China, Alibaba Group, manakala final WESG Asia Pasifik dianjurkan bersama dengan Esports International Group (EIG) dari Hong Kong, Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) dan SBS Events.

Pengarah Kanan Global Esports, Alibaba Sports, Jason Fung, dalam sidang media, di sini pada Isnin, berkata WESG Asia Pasifik buat pertama kali dianjurkan di luar China.

“Sokongan luar biasa daripada semua rakan kongsi kami membolehkan Malaysia dipilih sebagai negara tuan rumah,” katanya.

Sempena dengan pertandingan, sebuah Persidangan Teknologi Kewangan (FinTech) WESG, diiktiraf oleh MDEC, akan diadakan pada 2 Januari ini bagi membincangkan teknologi kewangan dalam e-sukan di Malaysia dan pembangunan teknologi 5G dalam e-sukan.

Persidangan tersebut menampilkan penceramah utama seperti pakar undang-undang siber, korporat dan keselamatan, Prof Simon Choi, Ricky Lau, ketua firma perundingan haratanah terkemuka global, Savills dan Brian Au, pakar pembangunan strategik di Asia Pasifik.

Tags: Sukan Elektronik DuniaWESG Asia Pasifik
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd