• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Hantar Bantahan Rasmi Penarikan Emas Izzah

oleh
09/12/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

NEW CLARK CITY – Malaysia telah mengemukakan bantahan rasmi kepada Jawatankuasa Penganjuran Sukan SEA Filipina (PHISGOC) susulan pingat emas dimenangi gimnas kebangsaan, Izzah Amzan dalam apparatus riben pada 7 Disember lalu, didapati telah ditarik balik.

Semakan di dalam laman sesawang rasmi Sukan SEA Filipina, gms.2019seagames.com hari ini mendapati Izzah yang sepatutnya mempunyai dua pingat emas hanya tinggal satu sahaja. Izzah sebelum ini memperoleh dua emas masing-masing menerusi acara bola dan riben.

Ketua Kontinjen Malaysia ke Sukan SEA 2019, Datuk Megat Zulkarnain Omardin menegaskan, perkara berkenaan tidak sepatutnya berlaku memandangkan majlis penyampaian pingat telah diadakan selepas berakhirnya acara berkenaan.

“Ini bukan yang mudah kerana ia melibatkan imej negara yang mengambil bahagian dan mereka (PHISGOC) terima bantahan ini, dan saya maklumkan kepada mereka untuk memasukkan semula pingat emas berkenaan (dalam carta kutipan pingat) selewat-lewatnya pada hari ini,” katanya pada sidang media khas, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Megat Zulkarnain menegaskan Malaysia akan memanjangkan perkara berkenaan kepada Persekutuan Sukan SEA (SEAGF) sekiranya isu berkenaan gagal diselesaikan oleh PHISGOC.

“Menerusi pertemuan (dengan wakil PHISGOC) pagi tadi, saya telah membentangkan beberapa klausa dalam buku teknikal dan saya fikir mereka faham dan setuju, cuma apa yang kita kesalkan adalah (keputusan) delegasi teknikal (pertandingan gimnastik berirama),” kata Megat Zulkarnain.

Beliau mendakwa, perkongsian pingat emas pernah berlaku dalam sukan gimnastik berirama pada edisi 2015 di Singapura, dengan menyaksikan Koi Sie Yan dan Shasangari Sivaneswari Nagarajan dinobatkan selaku pemenang bersama dalam acara individu all-around.

Presiden Persekutuan Gimnastik Malaysia (MGF), Rachel Lau sebelum ini dilaporkan telah menghantar bantahan rasmi kepada Persekutuan Gimnastik Antarabangsa (FIG) susulan beberapa keputusan kontroversi yang membabitkan gimnas negara.

Sie Yan dan Izzah mencatat kutipan 15.200 mata dalam apparatus riben pada 7 Disember lalu, tetapi juri mengisytiharkan Sie Yan sebagai pemenang pingat emas manakala Izzah di tempat kedua berdasarkan perbezaan tahap kesukaran melakukan rutin.

Pihak teknikal pertandingan, bagaimanapun, mengisytiharkan kedua-dua gimnas negara itu sebagai pemenang bersama selepas kem negara membuat bantahan terhadap keputusan awal oleh pihak juri.

Tags: atlet gimramaizzah amzanPHISGOCPingat EmasSukan SEA Ke-30
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tendangan Syafiq Pastikan Malaysia Raih Emas Ke-30

Tendangan Syafiq Pastikan Malaysia Raih Emas Ke-30

15/05/2023
0

PHNOM PENH – Atlet taekwondo negara, Muhammad Syafiq Zuber mempamerkan prestasi ampuh pada final kyorugi welterweight (80kg) lelaki pada Sukan...

Chuan Leong Sumbangkan Pingat Emas Ke 29 Negara Di Sukan SEA Kemboja

Chuan Leong Sumbangkan Pingat Emas Ke 29 Negara Di Sukan SEA Kemboja

14/05/2023
0

PHNOM PENH : Selepas hampir dua hari lesu tanpa sebarang kilauan pingat emas di Sukan SEA Kemboja 2023, kontinjen negara...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd