• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mahkamah Lepas, Bebas Bekas Naib Cancelor UPSI

oleh
31/12/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Mahkamah Sesyen Ipoh hari ini melepas dan membebaskan bekas Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) daripada tuduhan salah guna kuasa membabitkan lantikan jawatan anak lelakinya, lima tahun lalu.

Hakim, S Indra Nehru membebaskan Profesor Datuk Dr. Zakaria Kasa, 62, tanpa memanggilnya membela diri terhadap pertuduhan itu selepas pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh di akhir kes pendakwaan.

Dalam penghakimannya Indra berkata, mahkamah membuat keputusan itu selepas mengambil kira semua keterangan saksi pendakwaan dan hujahan kedua-dua pihak pendakwaan dan pembelaan.

Mengikut pertuduhan, Dr. Zakaria didakwa menggunakan jawatannya iaitu Naib Cancelor bagi perkara yang mempunyai kepentingan dengan mengarahkan Pendaftar UPSI memasukkan nama anak lelakinya, Mohd Fauzi Zakaria untuk dipanggil temuduga.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di bilik Pejabat Naib Cancelor UPSI antara jam 9 pagi hingga 12 tengah hari pada 24 Jun sehingga 12 September 2014 lalu.

Dakwaan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 akta sama.

Jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak lebih 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana-mana lebih tinggi.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Nurul Wahida Jalaluddin, manakala Dr. Zakaria diwakili peguam, Shahidah Muslimah Roslan, Noor Hidayah Mohd Saad dan Mohd Khairul Fairuz Rahman.

Sepanjang perbicaraan pihak pendakwaan memanggil 17 saksi memberi keterangan.

Pada 27 November tahun lalu, Dr. Zakaria yang juga Pengerusi Mesyuarat Pengurusan Eksekutif UPSI mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan menyalah guna kuasa dengan melantik anak serta menantunya untuk dua jawatan di UPSI pada 2014.

Bagaimanapun, pada prosiding perbicaraan 20 Jun lalau, pihak pendakwaan meminda pertuduhan kepada satu pertuduhan sahaja.

Tags: Salah Guna KuasaUPSIZakaria Kasa
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Autisme Di Malaysia: Dari Kesedaran Ke Tanggungjawab Bersama

Autisme Di Malaysia: Dari Kesedaran Ke Tanggungjawab Bersama

02/04/2026
0

Sambutan Global yang Semakin Bermakna Setiap 2 April, dunia memperingati Hari Kesedaran Autisme Sedunia yang telah diisytiharkan oleh United Nations...

Penulis Lirik Terkenal Hairul Anuar Harun Dikurniakan PhD Di UPSI

Penulis Lirik Terkenal Hairul Anuar Harun Dikurniakan PhD Di UPSI

12/11/2025
0

Penulis Lirik Terkenal Hairul Anuar Harun Dikurniakan PhD di UPSI

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd