• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mahathir Nafi Beliau VVIP Jumpa Azilah

oleh
18/12/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Dr. Mahathir Mohamad tidak pernah berjumpa bekas pegawai polis Azilah Hadri yang sedang dipenjarakan, yang akuan berkanunnya baru-baru ini cuba mengaitkan Datuk Seri Najib Razak dengan kematian wanita itu.

“Mahathir tidak pernah bertemu bekas komando polis Azilah Hadri, sejak pemenjaraannya atas pembunuhan warga Mongolia, Altantuya,” kata Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan hari ini.

Kenyataan itu berkata terdapat cubaan untuk secara tidak langsung menyebut Mahathir adalah “VVIP” yang didakwa bertemu Azilah di luar Penjara Sungai Buloh sejak Februari.

Peguam Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah mendakwa sedemikian kepada pemberita semalam, mengatakan beliau mempunyai “maklumat yang boleh dipercayai”.

“Mahathir juga menolak dakwaan bahawa kerajaan di sebalik pendedahan Azilah mengenai penglibatan Najib dalam pembunuhan Altantuya seperti yang dinyatakan dalam akuan berkanunnya baru-baru ini.”

Terdahulu, Jabatan Penjara Malaysia menafikan dakwaan “beberapa individu” pernah mengunjungi Azilah Hadri, yang berdepan hukuman mati atas pembunuhan Altantuya, dalam cubaan memujuk dia membabitkan Najib Razak dengan kematian warga Mongolia itu pada 2006.

Ia berkata Azilah tidak pernah dibawa keluar dari Penjara Kajang sepanjang 2019 dan kali terakhir dibawa keluar pada 15 April 2015 bagi menghadiri perbicaraan di Mahkamah Majistret Sepang.

Azilah, yang disabitkan membunuh Altantuya dan dikenakan hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Persekutuan pada 13 Januari 2015, mendakwa Najib, ketika menjadi timbalan perdana menteri, memberi arahan untuk membunuh wanita itu.

Najib menepis dakwaan Azilah, mengatakan ia “langkah terdesak” oleh seseorang yang menghadapi hukuman mati.

Altantuya dibunuh pada Oktober 2006 di hutan di Puncak Alam berdekatan Shah Alam, Selangor, dengan tembakan ke kepala sebelum tubuhnya diletupkan. – FMT

Tags: altantuya shaariibuuazilah hadriMahathir MohamadNajib Tun Razak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Mahathir Bakal Tubuh Gagasan Melayu-Islam Baru

Mahathir Bakal Tubuh Gagasan Melayu-Islam Baru

04/08/2022
0

Satu gagasan baru berteraskan agenda Melayu dan Islam yang dipimpin Dr Mahathir Mohamad bakal ditubuhkan. Ikuti Mynewshub: Telegram Pada majlis solat...

Tun M Minta Semak Semula Bajet 2022

02/11/2021
0

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad meminta kerajaan menyemak semula Bajet 2022, belanjawan terbesar dalam sejarah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd