• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Luahan Hati Nazrin Dikemukakan Di Mahkamah

oleh
26/12/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Beberapa artikel di dalam blog mimpipari.blogspot.com dikemukakan sebagai eksibit dalam prosiding bicara kematian Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Cradle Fund Sdn. Bhd., Nazrin Hassan, di sini, hari ini.

Isi kandungan empat artikel bahasa Inggeris itu, didakwa pihak pembelaan sebagai tulisan Nazrin turut dibacakan peguam bela semua tertuduh, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah di hadapan Hakim Datuk Ab Karim Ab Rahman.

Antara isi kandungan blog itu adalah luahan kekecewaan Nazrin terhadap ‘abang’ yang didakwa pihak pembelaan sebagai merujuk kepada saksi ke-18, yang juga abang Nazrin, Dr Abdul Aziz Hassan.

Melalui artikel berkenaan, penulis meluahkan rasa kecewa terhadap ‘abang’ yang dianggapnya sebagai hero dalam keluarga.

Penulis turut melahirkan rasa kesal dengan tindakan ‘abang’ yang didakwanya menjual harta pusaka keluarga selain kecewa dengan beberapa lagi tindakan lelaki berkenaan.

“Ibu meninggal dunia pada tahun ini (2004) dan setiap minggu sebelum meninggal, ibu bertanya bila hartanya akan dipulangkan oleh abang.

“Malah, dua minggu sebelum meninggal dunia, dia (ibu) mengungkit perkara itu namun dia akhirnya meninggal dunia tanpa hajatnya tertunai,” kata Mohamad Shafee.

Ketika Muhammad Shafee membaca isi kandungan artikel berkenaan, Timbalan Pendakwa Raya Datuk Salim Soib@Hamid membantah atas alasan ia tidak baik jika dibacakan kepada semua di mahkamah.

Ab Karim kemudian membuat keputusan supaya Abdul Aziz membaca terlebih dahulu dokumen itu dan jika bersetuju, Muhammad Shafee boleh meneruskan pembacaan.

Dalam sesi soal balas hari ini, Abdul Aziz mengakui hubungannya dengan Nazrin tidak baik sehingga 2007.

Saksi juga menjawab berkemungkinan individu yang dirujuk sebagai ‘abang’ itu juga adalah dirinya.

Kelmarin, Abdul Aziz memberitahu mahkamah, hubungan dia dan Nazrin adalah baik selain menyifatkan dirinya seperti seorang ‘bapa’ kepada adiknya itu kerana bapa mereka meninggal dunia ketika dia berusia 22 tahun manakala Nazrin berusia 12 tahun.

Abdul Aziz memberi keterangan terhadap isteri Nazrin, Samirah, 44, yang juga bekas Eksekutif Kanan di Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO), serta dua remaja lelaki masing-masing berumur 17 dan 14 tahun, didakwa membunuh Nazrin.

Turut didakwa ialah seorang warga Indonesia, Eka Wahyu Lestari yang masih bebas.

Mereka dituduh melakukan kesalahan itu di rumah di Mutiara Homes, Mutiara Damansara, Petaling Jaya antara 11.30 malam pada 13 Jun 2018 dan 4 pagi keesokannya.

Perbicaraan bersambung esok. – BH Online

Tags: CEO Cradle Fundkes bunuhnazrin hassan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

17/02/2026
0

KUANTAN: Seorang lelaki dipercayai membunuh ibu, isteri dan dua anak perempuan sebelum membunuh diri di sebuah rumah di Taman Cherating...

Penjual Lembu Didakwa Bunuh Cikgu Sekolah Rendah

Penjual Lembu Didakwa Bunuh Cikgu Sekolah Rendah

06/02/2026
0

BANDAR BARU BANGI - Seorang penjual lembu didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat atas satu pertuduhan membunuh rakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd