• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 18, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

LTTE: Mahkamah Tolak Permohonan Jaminan

oleh
16/12/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BUTTERWORTH – Mahkamah Sesyen di sini, hari ini menolak permohonan jaminan dua individu yang sebelum ini ditahan kerana memiliki item berkaitan kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE).

Keputusan itu dibuat Hakim Norhayati Mohamad Yunus dan Hakim Noor Aini Yusof di dua mahkamah berasingan, selepas mendengar hujahan pihak peguam tertuduh dan pihak pendakwaan.

Kedua-dua hakim dalam penghakimannya berkata, permohonan bagi urusan jaminan di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi dan hendaklah dikemuka kepada Mahkamah Tinggi yang mempunyai bidang kuasa untuk memutuskan kes sedemikian.

Justeru, mahkamah memerintahkan kes dihadapi kedua-dua tertuduh, M Pumugan,29, dan S Thanagaraj, 26, dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk dibicarakan dan permohonan berkaitan jaminan hendaklah dibuat di mahkamah berkenaan.

Pumugan yang bekerja sebagai pengawal keselamatan dan Thanagaraj, penjaga stor, diwakili peguam Dr N Ahilan, E Gnasegaran dan Audrey Wee.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, JG Kaameni dan Lim Saw Sim.

Terdahulu, Gnasegaran berhujah bahawa anak guamnya wajar diberi jaminan berikutan tuduhan dihadapi bukanlah satu kesalahan berat dan memperuntuk hukuman yang tinggi seperti kes berat lain.

“Tertuduh dalam kes ini hanya dituduh mengedarkan item berkaitan LTTE.

“Tiada bukti atau keterangan yang jelas menunjukkan bahawa perbuatan dilakukan tertuduh boleh membawa kepada kecederaan serius ke atas badan serta punca kepada kematian seseorang.

“Justeru, saya memohon supaya mahkamah dapat memberikan pertimbangan serta budi bicara untuk mendengar permohonan lisan bagi meneruskan ikat jamin terhadap tertuduh,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Pendakwa raya, Kaameni dan Saw Sim pula berhujah, pihaknya membantah permohonan jaminan dikemuka peguam tertuduh berikutan kes itu masih pada peringkat awal.

Katanya, sebarang permohonan berkaitan jaminan perlulah dikemuka di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur selaku mahkamah yang akan mendengar perbicaraan kes terbabit.

Pada 29 Oktober lalu, Pumugan dan Thanagaraj masing-masing didakwa atas dua pertuduhan memiliki item-item berunsur keganasan atau berkaitan dengan kumpulan pengganas LTTE.

Bagi pertuduhan pertama Pumugan, didakwa memiliki item-item berunsur keganasan atau berkaitan dengan kumpulan pengganas LLTE dalam sebuah telefon bimbit.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di perkarangan parkir hadapan sebuah pejabat di Lorong Industri Ringan Permatang Tinggi 4, dalam Daerah Seberang Perai Tengah, kira-kira jam 3.16 petang pada 12 Oktober lalu.

Dia turut didakwa memiliki item-item berunsur keganasan atau berkaitan dengan kumpulan pengganas LTTE, di dalam sebuah rumah di Jalan Juru Bukit Mertajam kira-kira jam 4.15 petang pada hari sama.

Di Mahkamah Sesyen berasingan Thanagaraj pula dituduh memiliki item-item berunsur keganasan atau berkaitan dengan kumpulan pengganas LLTE dalam sebuah telefon bimbit yang perbuatan itu dilakukan di sebuah kilang di Kawasan Perindustrian Bukit Minyak, pada jam 10 pagi, 12 Oktober lalu.

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh pada hari sama didakwa memiliki item-item berunsur keganasan atau berkaitan dengan kumpulan pengganas LLTE di sebuah rumah di Taman Sejahtera, pada jam 11 pagi.

Semua kesalahan itu didakwa dilakukan mengikut Seksyen 130J(1)(a) Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah peruntukan sama. – BH Online

Tags: LTTEpengganas
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Tarikh Mengundi PRK Kimanis Ditetapkan Pada 18 Januari

Next Post

Media Prima Jamin Pampasan Secara Adil, Ikut Undang-Undang

Related Posts

RUU355 Dijangka Dibentang Di Parlimen Tahun Ini – Mohd Na’im

‘Saya Pelik… Tak Pernah Berurusan Dengan Kumpulan Dilabel Pengganas’

18/02/2024
0

KUALA LUMPUR: "Saya tidak dapat pemakluman terus, cuma dapat tahu daripada rakan-rakan dan salinan surat yang tular," kata bekas Pengurus...

Pengganas Bunuh 44 Penduduk Di Burkina Faso

Pengganas Bunuh 44 Penduduk Di Burkina Faso

09/04/2023
0

OUAGADOUGOU : Sekurang-kurangnya 44 orang awam terbunuh manakala ramai lagi yang cedera dalam serangan kumpulan pengganas di dua buah kampung...

Next Post

Media Prima Jamin Pampasan Secara Adil, Ikut Undang-Undang

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd