• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 30, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

LTTE: Kes Pengutip Besi Buruk Pindah Mahkamah Tinggi

oleh
16/12/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kes pengutip besi buruk, A Kalaimughilan yang didakwa terbabit dengan kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE), dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Hakim Mahkamah Sesyen Selayang, Maziah Joary Mohd Taudi membuat membuat keputusan itu selepas Timbalan Pendakwa Raya, Low Qin Hui, memaklumkan pihak pendakwaan sudah mendapat keizinan daripada Pejabat Peguam Negara untuk memindahkan kes berkenaan.

“Mahkamah membenarkan kes ini dipindahkan ke Mahkamah Tinggi,” katanya ketika kes ditetapkan untuk sebutan semula di sini, hari ini.

Pada prosiding itu, mahkamah turut menolak permohonan jaminan dikemukakan peguam, Yoges M Verasuntharam, yang mewakili Kalaimughilan, 28.

Yoges memohon jaminan itu dengan alasan mahkamah itu mempunyai bidang kuasa untuk mendengar permohonan jaminan mengikut Seksyen 388 Kanun Acara Jenayah.

“Tertuduh pernah terbabit dalam kemalangan sehingga menerima enam jahitan di kepala dan kini mengalami masalah sakit tulang belakang dan migrain yang memerlukan rawatan di Klinik Sungai Buloh.

“Tertuduh juga adalah penanggung tunggal keluarga dan perlu menjaga bapa serta adik yang juga Orang Kurang Upaya (OKU),” katanya.

Bagaimanapun, permohonan jaminan itu dibantah Qin Hui dengan alasan hanya Mahkamah Tinggi mempunyai bidang kuasa untuk mendengar permohonan jamin kerana kes akan dibicarakan di mahkamah itu.

Pada 29 Oktober lalu, dia dituduh di Mahkamah Sesyen Selayang di sini atas dua pertuduhan memiliki item berkaitan dengan kumpulan LTTE di sebuah rumah di Jalan Anggerik 5D, Bukit Sentosa, Rawang dan di dalam sebuah kereta di tempat sama, pada jam 9.30 pagi dan jam 12.35 tengah hari, 10 Oktober lalu.

Semua pertuduhan terhadap Kalaimughilan dikemukakan mengikut Seksyen 130JB(1)(a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda dan dilucutkan mana-mana item itu, jika sabit kesalahan. – BH Online

Tags: LTTEpengganas
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Parlimen Cipta Sejarah Tubuh Kaukus Dewan Negara

Next Post

Zainul Rijal Hadir Beri Keterangan Isu Komunis

Related Posts

RUU355 Dijangka Dibentang Di Parlimen Tahun Ini – Mohd Na’im

‘Saya Pelik… Tak Pernah Berurusan Dengan Kumpulan Dilabel Pengganas’

18/02/2024
0

KUALA LUMPUR: "Saya tidak dapat pemakluman terus, cuma dapat tahu daripada rakan-rakan dan salinan surat yang tular," kata bekas Pengurus...

Pengganas Bunuh 44 Penduduk Di Burkina Faso

Pengganas Bunuh 44 Penduduk Di Burkina Faso

09/04/2023
0

OUAGADOUGOU : Sekurang-kurangnya 44 orang awam terbunuh manakala ramai lagi yang cedera dalam serangan kumpulan pengganas di dua buah kampung...

Next Post

Zainul Rijal Hadir Beri Keterangan Isu Komunis

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd