• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

LTTE: Keputusan Ikat Jamin 2 ADUN, Ketua Pegawai Perbadanan Esok

oleh
17/12/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Mahkamah Sesyen di sini, hari ini menetapkan esok untuk memutuskan sama ada dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan seorang ketua pegawai perbadanan yang menghadapi pertuduhan memberi sokongan kepada kumpulan pengganas LTTE, November tahun lepas dibenarkan diikat jamin atau sebaliknya.

Hakim Elesabet Paya Wan membuat keputusan itu selepas mendengar hujahan daripada peguam Ramkarpal Singh yang mewakili ADUN Gadek, G. Saminathan, 34; ADUN Seremban Jaya, P. Gunasekaran, 60, dan ketua pegawai perbadanan, S. Chandru, 38, serta Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Izhanudin Alias dan Aliff Asraf Anuar Sharuddin.

Dalam prosiding hampir empat jam itu, Ramkarpal berhujah Mahkamah Sesyen mempunyai kuasa untuk mendengar permohonan ikat jamin dan ketiga-tiga anak guamnya wajar diberi jaminan berikutan pertuduhan yang dihadapi mereka bukan satu kesalahan serius dan berat serta bukan kes yang memperuntukkan hukuman yang tinggi seperti mana kes berat lain.

“Ketiga-tiga anak guam saya tidak akan melarikan diri dan akan memberikan kerjasama untuk hadir ke mahkamah selain rakyat memerlukan kehadiran dua wakil rakyat mereka iaitu Saminathan dan Gunasekaran bagi melaksanakan tugas sebagai ADUN di kawasan masing-masing, manakala Chandru perlu menjalankan tugas sebagai ketua pegawai sebuah perbadanan milik kerajaan negeri Melaka,” katanya.

Terdahulu, Mohd Izhanudin memohon mahkamah memindahkan kes itu ke Mahkamah Tinggi mengikut Seksyen 177A Kanun Tatacara Jenayah selain membantah permohonan ikat jamin itu kerana hujahan jaminan dan kes di bawah akta kesalahan kesalamatan perlu dibicarakan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Hakim Elesabet kemudian membenarkan pihak pembelaan mengemukakan permohonan jaminan terhadap ketiga-tiga tertuduh sebelum memerintahkan kes itu dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Pada 29 Oktober lepas, Saminathan, Gunasekaran dan Chandru didakwa memberi sokongan kepada kumpulan pengganas LTTE dalam satu majlis di Dewan Kasturi Ayer Keroh, Jalan Utama, Taman Ayer Keroh Heights di sini pada 8.30 malam hingga 10.50 malam, 28 November 2018.

Saminathan turut didakwa dengan satu lagi pertuduhan memiliki item yang berunsur perbuatan keganasan atau berkaitan dengan kumpulan pengganas LTTE di dalam sebuah telefon bimbit jenama Samsung Galaxy S9+ warna biru gelap di Pejabat Exco Perpaduan Sumber Manusia dan Hal Ehwal Pengguna, Jabatan Ketua Menteri, Kompleks Seri Negeri di sini pada 10.25 pagi, 10 Oktober lepas.

Selain ahli keluarga tertuduh prosiding hari ini turut dihadiri Penasihat DAP, Lim Kit Siang; Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Dr. Wong Fort Pin; Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Melaka, Datuk Tey Kok Kiew dan ADUN Klebang, Gue Teck.

Pada 29 November lepas, Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Mohd Nazlan Mohd Ghazali memutuskan Saminathan dibenar mengemukakan permohonan untuk diikat jamin memandangkan Seksyen 13 Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) adalah tidak berpelembagaan.

Pada 1 Nov lepas, Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur Rozina Ayob memutuskan bahawa terdapat merit dalam permohonan pembelaan mengikut Seksyen 13(2) SOSMA bagi merujuk isu perlembagaan berhubung jaminan ke Mahkamah Tinggi.

Mahkamah itu membenarkan permohonan Saminathan dan 11 lelaki untuk merujuk isu perlembagaan berhubung jaminan ke Mahkamah Tinggi.

Selain tiga tertuduh itu, mereka yang lain ialah pemandu teksi V. Balamurugan, 37; penghantar surat S. Teeran, 38; peniaga besi buruk A. Kalaimughilan, 28; juruteknik S. Arivainthan, 27; penjaga stor S.Thanagaraj, 26; pengawal keselamatan M. Pumugan, 29; seorang guru sekolah menengah kebangsaan di Telok Panglima Garang, Selangor, Sundram Renggan @ Rengasamy, 52; ahli DAP V. Suresh Kumar, 43; dan peniaga B. Subramaniam, 57.

Kesemua mereka didakwa di Mahkamah Sesyen berasingan di beberapa negeri pada 29 dan 31 Oktober lepas atas pertuduhan berkaitan kumpulan pengganas LTTE.

Tags: ADUN DAPLTTEpengganas
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Akmal Naik Angin, Label Pemuda DAP ‘Bebal’, Cabar Letak Jawatan Kerajaan Negeri

Akmal Naik Angin, Label Pemuda DAP ‘Bebal’, Cabar Letak Jawatan Kerajaan Negeri

28/02/2026
0

Oleh Mynewshub MELAKA – Ketua Pemuda UMNO Melaka, Dr. Muhamad Akmal Saleh menyelar keras kenyataan pimpinan Pemuda DAP (Dapsy) yang...

RUU355 Dijangka Dibentang Di Parlimen Tahun Ini – Mohd Na’im

‘Saya Pelik… Tak Pernah Berurusan Dengan Kumpulan Dilabel Pengganas’

18/02/2024
0

KUALA LUMPUR: "Saya tidak dapat pemakluman terus, cuma dapat tahu daripada rakan-rakan dan salinan surat yang tular," kata bekas Pengurus...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd