• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, September 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lembaga Disiplin UMNO Panggil Hishammuddin 26 Disember

oleh
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Lembaga Disiplin UMNO akan memanggil ahli Parlimen Sembrong, Hishammuddin Hussein pada 26 Disember ini untuk memberi penjelasan atas tuduhan melanggar perlembagaan dan tataetika sebagai ahli UMNO.

Perkara itu disahkan oleh pengerusi Lembaga Disiplin parti itu, Mohamed Apandi Ali.

“Jawapannya betul,” katanya kepada FMT ketika ditanya sama ada Hishammuddin akan dipanggil oleh lembaga disiplin parti tersebut.

Apandi bagaimanapun tidak mendedahkan butiran surat lembaga berkenaan kepada Hishammuddin.

“Surat dan isi kandungannya adalah sulit,” katanya.

Sebuah portal tempatan sebelum ini melaporkan bahawa Hishammuddin dipanggil untuk menjawab dakwaan “tidak mengikut perintah parti, tidak menjalankan dasar parti, serta tidak menjaga nama baik dan maruah parti”.

Apandi ketika ditanya sama ada Hishammuddin dipanggil sebab mengadakan pertemuan dengan Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali, beliau juga enggan mengulasnya.

“Tidak ada komen,” katanya.

Pada 18 November lalu, sekumpulan ahli Parlimen BN dipercayai menghadiri mesyuarat di kediaman Azmin, di sebalik khabar angin mengenai percubaan menghalang usaha memaksa Perdana Menteri, Dr. Mahathir Mohamad berundur.

Pertemuan itu yang disifatkan sebagai “hanya makan malam” oleh satu sumber, dihadiri oleh Hishammuddin dan kira-kira 20 ahli Parlimen BN, menurut sumber yang dekat dengan FMT.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Lokman Noor Adam menuduh Hishammuddin mengkhianati rakyat, terutama pengundi Tanjung Piai susulan pertemuan itu.

Lokman juga berkata Hishammuddin sebelum ini menjadi orang tengah Mahathir dengan membawa masuk pemimpin dan ahli Parlimen UMNO ke dalam PPBM.

Katanya, beliau membuat laporan kepada lembaga disiplin dan presiden UMNO berhubung penglibatan Hishammuddin menghasut pimpinan dan ahli Parlimen UMNO supaya menyertai PPBM pada 30 Oktober 2019.

Hishammuddin bagaimanapun menafikan dakwaan bahawa beliau merancang pertemuan antara Azmun dengan sekumpulan ahli Parlimen pembangkang.

Ahli Parlimen Sembrong itu turut menyatakan kesediaan beliau untuk disiasat oleh parti berhubung perkara tersebut. – FMT

Tags: Hishamuddin HusseinUMNO
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

UMNO Kenang Tun Dr Siti Hasmah, Titip Doa Buat Tun Mahathir

UMNO Kenang Tun Dr Siti Hasmah, Titip Doa Buat Tun Mahathir

28/09/2026
0

KUALA LUMPUR – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan pemergian Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali...

UMNO Seru Umat Islam Pertahan Kesucian, Keselamatan Tanah Haram

UMNO Seru Umat Islam Pertahan Kesucian, Keselamatan Tanah Haram

21/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan Makkah al-Mukarramah dan Madinah al-Munawwarah mesti kekal terpelihara...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd