• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 19, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lagu Negaraku Sudah Diwartakan, Tidak Boleh Diubah

oleh
06/12/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Lagu Negaraku tidak boleh diubah kerana ia telah diwartakan dalam Akta Lagu Kebangsaan 1968, kata Felo Utama Institut Kajian Etnik (KITA), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Datuk Dr. Teo Kok Seong.

Beliau berkata, lagu Negaraku yang menjadi lagu rasmi kebangsaan juga tidak boleh dipersendakan dalam apa jua bentuk.

“Lagu Negaraku adalah simbol penting kedaulatan negara dan ia telah diwartakan dalam Akta Lagu Kebangsaan 1968.

“Ia diwartakan sedemikian rupa dan sama sekali tidak boleh diubah hatta lirik dan melodinya oleh mana- mana pihak,” katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai tular satu klip video yang memaparkan nyanyian lagu Negaraku oleh sekumpulan murid sekolah rendah dalam bahasa Mandarin.

Rakaman berdurasi 1 minit 23 saat itu memperlihatkan kira-kira 20 orang murid berdiri menyanyikan lagu Negaraku di dalam sebuah bilik darjah, namun liriknya telah diterjemahkan dalam bahasa Mandarin.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan di mana kejadian itu berlaku.

Kok Seong berkata, sekiranya benar, perkara sedemikian tidak sepatutnya berlaku dan pihak berkuasa perlu melakukan siasatan.

“Tindakan ini adalah anti nasional, bertentangan dengan kepentingan negara, iaitu lagu kebangsaan itu sendiri. Seakan ada penentangan dengan menukar lirik ke bahasa lain. Ini tidak sepatutnya berlaku.

“Mereka yang berfikiran waras tidak akan sesekali menterjemahkan lagu kebangsaan itu yang asalnya adalah dalam bahasa Melayu,” katanya.

Beliau turut menyarankan supaya Kementerian Pendidikan mengambil langkah awal menyiasat perkara itu dan mengambil tindakan sewajarnya kepada pihak yang melakukannya.

“Barangkali murid-murid ini mungkin menjadi mangsa sahaja. Kemungkinan juga ia boleh diada-adakan oleh pihak yang sengaja mengeruhkan keadaan.

“Akhir-akhir ini, peristiwa yang boleh disifatkan sebagai anti nasional yang bertentangan dengan kepentingan negara kerap berlaku.

“Dalam dunia teknologi digital ini, banyak perkara yang tidak disangka-sangka boleh dilakukan,” katanya.

Tags: bahasa Mandarinlagu kebangsaanlagu negaraku
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Anwar Arah Lembaga Disiplin PKR Pecat Ahli Buat Kecoh

Next Post

Ejen Ali The Movie Kutip RM13 Juta

Related Posts

Impak Lagu Patriotik Semai Rasa Cinta Negara

02/09/2021
0

KUALA LUMPUR - Sebagai lagu kebangsaan, Negaraku wajib tersemat dalam hati. Selain itu, lagu patriotik juga menjadi nadi pencetus semangat...

Kaligrafi Cina Pertemukan Cheng, Azizah

21/01/2021
0

KULAI - Ketibaan Tahun Baharu Cina tidak lama lagi turut membuka pintu rezeki berganda bagi Cheng Ho Chung, 83, seorang mahaguru kaligrafi...

Next Post

Ejen Ali The Movie Kutip RM13 Juta

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd