• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 31, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kongsi Gelap: Ahli Perniagaan Bergelar ‘Datuk’ Didenda RM5,000

oleh
05/12/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KULAI – Seorang ahli perniagaan bergelar ‘Datuk’ didenda RM5,000 oleh Mahkamah Majistret, di sini hari ini, selepas mengaku bersalah menjadi seorang anggota pertubuhan kumpulan kongsi gelap Geng 24 atau Geng Leng Hor, Oktober lepas.

Majistret Sharifah Maleeha Syed Hussin membuat keputusan berkenaan selepas tertuduh, Datuk Seow Chau Pen, 52, mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan terhadapnya.

Mengikut kertas pertuduhan, Seow yang juga dikenali sebagai Datuk Sunny Coco didakwa melakukan kesalahan itu di Ibu Pejabat Polis (IPD) Kulai, Jalan Indahpura 4, di sini, kira-kira 11.10 pagi, 11 Oktober lepas.

Dia dituduh mengikut Seksyen 43 Akta Pertubuhan 1966 yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara 3 tahun atau maksimum denda RM5,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Mengikut fakta kes, terdapat seorang lelaki, iaitu Seow, mengaku dirinya seorang ahli kongsi gelap Geng 24 atau Leng Hor menerusi satu video berdurasi 7 minit 38 saat yang tular pada laman sosial, di mana pertubuhan itu menyalahi undang-undang dan menggugat keselamatan.

Hasil siasatan polis, didapati Seow kemudian mengaku bahawa dirinya adalah lelaki di dalam klip video berkenaan.

Timbalan pendakwa raya, Nurhayati Muhammad Fathullah memohon mahkamah menetapkan hukuman berat terhadap Seow dengan mengambil kira faktor kepentingan awam kerana video tersebut mendatangkan kegusaran ketenteraman awam.

Peguam Wong Cheer Feng dalam rayuan, memohon mahkamah mempertimbangkan hukuman minimum dengan alasan ia merupakan kesalahan pertama Seow, dia tidak memiliki rekod jenayah serta mempunyai reputasi baik dalam kalangan masyarakat.

Sharifah Maleeha kemudian menjatuhi hukuman denda RM5,000 dan penjara 3 bulan jika denda tersebut gagal dibayar.

“Mahkamah mengambil kira pengakuan bersalah kamu (Seow), namun, ketulenan video berkenaan tidak disahkan oleh pakar, maka, dengan itu kamu didenda RM5,000 dan jika gagal bayar dipenjara tiga bulan,” kata Sharifah Maleeha.

Tertuduh kemudian membayar wang denda RM5,000 berkenaan.

Tags: datukGeng 24Kongsi Gelap
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Puteri UMNO Tidak Mahu Pintu Belakang

Next Post

Agong Bangga Pelantikan Ramai Hakim Wanita

Related Posts

Datuk Antara 18 Direman 6 Hari Bantu Siasatan Sogok Penguatkuasa Kes Lupus E-waste

Datuk Antara 18 Direman 6 Hari Bantu Siasatan Sogok Penguatkuasa Kes Lupus E-waste

25/02/2025
0

AYER KEROH: Seorang pengarah syarikat bergelar Datuk bersama 17 individu lain direman enam hari bermula hari ini bagi membantu siasatan...

Pelajar Sekolah Antara 14 Remaja Hadir Upacara Angkat Sumpah Kongsi Gelap

Pelajar Sekolah Antara 14 Remaja Hadir Upacara Angkat Sumpah Kongsi Gelap

15/11/2024
0

KUALA LUMPUR: Empat belas remaja, termasuk pelajar sekolah antara 61 individu ditahan dalam serbuan polis ke lokasi dipercayai tempat upacara...

Next Post

Agong Bangga Pelantikan Ramai Hakim Wanita

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd