• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, September 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kongres AMK Kecoh Gara-Gara Tak Pakai Sampin

oleh
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

AYER KEROH – Kongres Nasional Tahunan Angkatan Muda Keadilan (AMK) pagi ini kecoh apabila sayap perwakilan tidak dibenarkan memasuki dewan di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MiTC) hanya disebabkan tidak memakai sampin.

Kekecohan tercetus di pintu masuk MiTC apabila lebih 100 perwakilan dihalang masuk bagi menghadiri kongres berkenaan.

Insiden tersebut turut dicemari dengan pergaduhan melibatkan seorang perwakilan yang dilihat bergelut dengan seorang anggota pasukan keselamatan Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebelum mereka dipisahkan perwakilan lain.

Berlaku tolak-menolak dan cubaan merempuh pintu masuk di samping teriakan supaya pintu dibuka.

Seorang perwakilan AMK yang mahu dikenali sebagai Rahim, 30, berkata, arahan pemakaian sampin sepatutnya perlu dimaklumkan lebih awal dan bukannya pada saat-saat akhir.

“Sebelum ini, kalau tiada sampin pun tidak apa, janji kita ada pakai tag yang telah disediakan oleh pihak pengurusan.

“Ramai yang tidak puas hati sebab beritahu saat-saat akhir baru kena pakai sampin.

“Kalau beritahu awal, saya rasa mereka pun akan ikut peraturan yang ditetapkan,” katanya kepada Sinar Harian di sini hari ini. – Sinar Harian

Tags: Kongres Nasional AMKMelakaPKRsampin
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PKR Minta Kedutaan AS Bawa Datuk Bandar New York Zohran Mamdani Ke Malaysia

PKR Minta Kedutaan AS Bawa Datuk Bandar New York Zohran Mamdani Ke Malaysia

24/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengerusi Biro Hubungan Antarabangsa PKR, Dr Maszlee Malik mengemukakan permintaan kepada wakil Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di...

Cadang Resort Vila Atas Air Ikonik Di Crystal Bay Melaka, Bernilai Lebih RM240 Juta

Cadang Resort Vila Atas Air Ikonik Di Crystal Bay Melaka, Bernilai Lebih RM240 Juta

27/09/2026
0

MELAKA: Sebuah syarikat tempatan, Tuah Tower Sdn Bhd, mencadangkan kepada Kerajaan Negeri Melaka pembinaan sebuah resort mewah berkonsepkan vila atas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd