• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 22, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kit Siang Cabar Najib Buat Sumpah Laknat Tuduhan 1MDB

oleh
19/12/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Veteran DAP, Lim Kit Siang mencabar bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya membuat sumpah laknat berkaitan tuduhan baharu mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Kit Siang mengutarakan cabaran itu selepas Najib menyatakan hasrat untuk melakukan sumpah laknat esok bagi menafikan dakwaan beliau pernah mengeluarkan arahan membunuh warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu seperti mana yang terkandung dalam Akuan Bersumpah (SD) dibuat bekas anggota pasukan Unit Tindakan Khas (UTK) polis, Azilah Hadri.

“Adakah Najib akan membuat sumpah laknat untuk menafikan tuduhan terbaru oleh Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Amerika Syarikat (SEC) bahawa beliau adalah penerima wang sogokan daripada bon 1MDB yang diraih bekas Eksekutif Goldman Sachs, Tim Leissner dalam skandal 1MDB kleptokrat yang besar?” soalnya dalam satu kenyataan hari ini.

SEC menamakan Ahli Parlimen Pekan itu sebagai salah satu daripada penerima rasuah dari Leissner.

Leissner didapati telah menyalahgunakan lebih daripada AS$2.7 bilion (RM11.17 bilion) selepas bantu menaikkan bon bernilai AS$6.5 bilion (RM26.91 bilion) untuk 1MDB pada tahun 2012.

Semenjak itu, SEC telah bertindak untuk mengharamkan Leissner dari kembali ke industri sekuriti sepanjang hidupnya.

Selain berdepan perbicaraan 1MDB, Najib kini berdepan dengan dakwaan baharu bahawa beliau memberi arahan tembak dan bunuh (shoot to kill) Altantuya pada 2006.

Dakwaan itu dibuat Azilah yang kini berdepan hukuman mati selepas Mahkamah Persekutuan pada tahun 2015 memutuskan untuk mengekalkan sabitan dan hukuman mati itu.

Azilah melalui akuan bersumpahnya mendakwa arahan untuk membunuh Altantuya datang daripada Najib yang ketika itu ialah bekas Timbalan Perdana Menteri dan rakan rapatnya, Dr. Abdul Razak Baginda.

Najib kemudian menafikannya sambil menjelaskan dakwaan itu sebagai satu cerita rekaan terdesak untuk melepaskan diri daripada hukuman mati.

Beliau juga menegaskan bahawa dakwaan itu adalah konspirasi baharu daripada Pakatan Harapan untuk menentang dan memfitnahnya sekaligus membuka jalan kepada kerajaan untuk menahan dan memenjarakannya tanpa jaminan.

Semalam, Najib memaklumkan bahawa beliau akan membuat sumpah laknat bagi menafikan dakwaan tersebut di Masjid Jamek Kampung Baru di ibu negara sejurus selepas solat Jumaat esok.

Azilah dan seorang lagi bekas pegawai polis, Sirul Azhar Umar disabitkan oleh Mahkamah Tinggi pada tahun 2009 atas kesalahan membunuh Altantuya pada tahun 2006.

Mereka berjaya mengenepikan sabitan itu di peringkat Mahkamah Rayuan pada tahun 2013, namun Mahkamah Persekutuan pada tahun 2015 memutuskan untuk mengekalkan sabitan dan hukuman mati itu.

Sirul melarikan diri ke Australia sebelum Mahkamah Persekutuan mengumumkan keputusan dan mengeluarkan waran tangkap terhadapnya.

Razak Baginda pula dibebaskan daripada tuduhan bersubahat.

Seorang jurucakap Jabatan Peguam Australia pada Februari lalu menjelaskan, Sirul boleh dihantar pulang ke Malaysia dengan syarat satu aku janji dibenarkan bahawa hukuman mati tidak akan dilaksana. – Sinar Harian

Tags: 1MDBaltantuya shaariibuuazilah hadriLim Kit SiangNajib Tun Razaksumpah laknat
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Sophia Raikan Delegasi Sidang Kemuncak Kuala Lumpur

Next Post

Anifah Tidak Bertanding PRK Kimanis, Timbang Saman SPR

Related Posts

Tiga Waran Tangkap Dikeluarkan Terhadap Bekas Peguam 1MDB, Jasmine Loo: saksi

Tiga Waran Tangkap Dikeluarkan Terhadap Bekas Peguam 1MDB, Jasmine Loo: saksi

10/04/2025
0

PUTRAJAYA: Tiga waran tangkap dikeluarkan kepada bekas peguam 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Jasmine Loo Ai Swan untuk didakwa mengikut pertuduhan...

Najib Tidak Terlibat, Keputusan 1MDB Ikut Prosedur – Che Lodin

Najib Tidak Terlibat, Keputusan 1MDB Ikut Prosedur – Che Lodin

05/03/2025
1

SHAH ALAM - Pasukan pembelaan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memanggil saksi ke-13 iaitu Penolong Pesuruhjaya Kanan,...

Next Post

Anifah Tidak Bertanding PRK Kimanis, Timbang Saman SPR

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd