• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Khaled Tepis Laporan Tak Pelawa MCA, MIC Sertai Muafakat Nasional

oleh
11/12/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Naib Presiden UMNO, Mohamed Khaled Nordin hari ini menepis laporan yang memetik penganalisis menjangkakan MCA dan MIC tidak akan dipelawa sertai Muafakat Nasional, kerjasama yang terbentuk antara UMNO dan PAS pasca pilihan raya umum ke-14.

Khaled berkata penganalisis berkenaan, Azmi Hassan dari Universiti Teknologi Malaysia dan Awang Azman Awang Pawi dari Universiti Malaya tidak mempunyai maklumat sahih berkaitan strategi dan pelan tindakan Muafakat Nasional.

Beliau berkata pandangan sedemikian tidak berasas dan tidak tepat, serta sama sekali tidak menggambarkan realiti dan fakta sebenar.

“Ia hanyalah andaian mereka semata-mata,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Khaled berkata pihak terbaik untuk dirujuk berhubung isu itu adalah MCA dan MIC sendiri, yang mempunyai maklumat sahih dan berkredibiliti.

“Janganlah sampai membuat kesimpulan peribadi yang bersifat andaian kosong yang sangat terpesong, tidak benar dan mengelirukan semua pihak,” katanya.

Khaled menegaskan UMNO dan PAS akan menjayakan Muafakat Nasional dengan cara terbaik dan mampu diterima semua, termasuk MCA dan MIC.

“Semua pihak akan duduk, berbincang dan bermuafakat demi kepentingan nasional. Ini bukan misi solo mana-mana parti. Ia akan dijayakan dengan kaedah dan pendekatan terbaik demi Malaysia yang lebih baik,” katanya.

Terdahulu, FMT melaporkan, Azmi berkata, status quo yang meletakkan 2 parti komponen itu di luar MN ialah strategi politik terbaik ketika ini.

Menurutnya, MIC sudah mengumumkan pendiriannya tiada masalah dengan penerimaan MN secara rasmi, tetapi MCA dilihat tidak mahu terikat dengan kerjasama UMNO-PAS.

Manakala, Awang Azman pula berkata, Zahid perlu memikirkan reaksi MCA dan MIC, jika beliau mahu menginstitusikan gagasan kerjasama UMNO-PAS itu. Baginya, belum tentu pengundi Cina dan India bersetuju secara keseluruhannya.

Azmi dan Awang Azman berkata demikian mengulas kenyataan Ketua Pemuda UMNO pada perhimpunan agung parti itu minggu lalu, menggesa Muafakat Nasional dijadikan institusi seperti BN yang dianggotai pelbagai parti. – FMT

Tags: MCAMICmuafakat nasionalPASUMNO
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pas Tiada Halangan Perpaduan Melayu Islam Tanpa DAP, Pakatan Harapan

Pas Tiada Halangan Perpaduan Melayu Islam Tanpa DAP, Pakatan Harapan

11/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pas tidak menghalang usaha perpaduan Melayu dan Islam, namun menolak perpaduan yang menurut parti itu tidak mendaulatkan...

UMNO Junjung Kasih Keberangkatan Agong, Pemangku Sultan Johor Sempena Ulang Tahun Ke-80 Di Istana Besar Johor

UMNO Junjung Kasih Keberangkatan Agong, Pemangku Sultan Johor Sempena Ulang Tahun Ke-80 Di Istana Besar Johor

11/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Keberangkatan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail sempena Sambutan Ulang Tahun...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd