• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, October 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Rogol Remaja Bawah Umur Di Pulau Pinang Membimbangkan

oleh
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGETOWN – Polis Pulau Pinang memandang serius kes jenayah rogol membabitkan remaja bawah umur yang mencatatkan 78 peratus daripada 462 kes di negeri ini bagi tempoh 2014 sehingga Oktober tahun ini.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk T Narenasagaran berkata, perkara itu perlu dibanteras dan dibendung lebih awal supaya tidak menjadi lebih teruk pada masa hadapan.

Beliau berkata, statistik menunjukkan remaja berusia antara 13 dan 15 tahun merupakan golongan paling ramai menjadi mangsa rogol iaitu sebanyak 264 kes atau 57 peratus sepanjang tempoh tersebut.

“Antara punca utama remaja berusia 13 hingga 15 tahun paling ramai menjadi mangsa adalah kerana mahu mencuba sesuatu serta percaya kepada teman lelaki yang kononnya sayangkan mereka.

“Berdasarkan statistik, bagi tempoh itu 42 peratus atau 193 kes direkodkan membabitkan teman lelaki, 139 kes atau 30 peratus melibatkan kenalan mangsa, anggota keluarga sebanyak 54 kes, tidak kenal (43 kes) dan kenalan baharu (33 kes),” katanya kepada Bernama.

Narenasagaran berkata, mangsa di bawah umur 12 tahun pula sebanyak 28 kes atau enam peratus manakala remaja berusia 16 hingga 17 tahun membabitkan 67 kes atau 15 peratus daripada keseluruhan kes itu.

Katanya, selain didikan ibu bapa dan guru berhubung kes rogol termasuk maklumat berhubung sentuhan tidak selamat kepada anak-anak mereka, pihak polis menerusi Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) turut memberi pendedahan dan ceramah berkaitan undang-undang jenayah rogol bawah umur kepada pelajar sekolah di negeri ini.

Beliau berkata, polis akan memperkasakan program penerangan terutama di peringkat sekolah sebagai satu daripada usaha mengurangkan kes rogol dalam kalangan remaja bawah umur di negeri ini.

Katanya, beberapa badan bukan kerajaan (NGO) di negeri ini juga aktif memberikan maklumat serta pendedahan berhubung kes-kes rogol kepada golongan wanita terutama remaja sekolah bagi membantu mengurangkan kes tersebut.

Tags: kes rogolPulau Pinangremaja bawah umur
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Projek Pengangkutan RM21 Bilion Untuk Pulau Pinang, Anthony Loke Perlu Jelaskan Agihan 13 Negeri Lain

Projek Pengangkutan RM21 Bilion Untuk Pulau Pinang, Anthony Loke Perlu Jelaskan Agihan 13 Negeri Lain

23/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan digesa mendedahkan jumlah keseluruhan projek pengangkutan yang diluluskan kepada 13 negeri lain susulan dakwaan Pulau Pinang...

Perayaan ‘Hungry Ghost Festival’ Diiktiraf Warisan Negeri

Perayaan ‘Hungry Ghost Festival’ Diiktiraf Warisan Negeri

03/09/2026
0

GEORGE TOWN - Perayaan Teong Guan Phor Thor yang dikenali sebagai ‘Hungry Ghost Festival' diiktiraf sebagai Warisan Negeri dalam usaha...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd