• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 25, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Altantuya: Najib Sumpah Laknat Nafi Dakwaan Azilah

oleh
20/12/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak melafazkan Sumpah Muhabalah di Masjid Jamek Kampong Bharu bagi menafikan dakwaan beliau mengeluarkan arahan membunuh warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Najib melafazkan Sumpah Muhabalah itu selepas menunaikan solat Jumaat di masjid berkenaan hari ini sambil disaksikan lebih 1,000 jemaah.

“Pada hari ini 20 Disember 2019, bersamaan 23 Rabiul Akhir 1441 H, di dalam rumah ALLAH SWT yang mulia ini dan Jumaat yang berkat ini, saya Mohd Najib bin Tun Abdul Razak dengan ini sesungguhnya, dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, berikrar dan bersumpah seperti berikut..

“A’uzubillahi minas syaitonirojim.. Bismillahirahmanirahim.. Wallahi, Wabillahi, Watallahi.

“Alhamdulillah, sejak saya memasuki usia taklif hingga ke saat ini, saya tidak pernah mengarahkan mana – mana individu untuk membunuh seorang wanita warganegara Mongolia yang bernama Altantuya Sharibu.

“Saya juga tidak pernah berjumpa atau mengenali mendiang sekali. Jika saya berdusta, maka laknat ALLAH SWT atas diri saya dan jika saya benar, maka mereka yang memfitnah saya dan tidak bertaubat akan dilaknat oleh ALLAH SWT di dunia dan akhirat,” lafaznya.

Najib sebelum melafazkan sumpah berkenaan berkata, beliau pernah melafazkan sumpah atas nama ALLAH SWT sebanyak dua kali iaitu ketika Pilihan Raya Kecil (PRK) Ijok, Selangor pada 2007 dan PRK Permatang Pauh, 2008.

Menurutnya, beliau memahami implikasi terhadap Sumpah Muhabalah yang dilakukan itu.

“Saya berdiri atas kebenaran. Saya cuma takut pada ALLAH SWT maka dengan penuh rela hati mengambil keputusan untuk melafazkan Sumpah Muhabalah,” katanya.

Pada 16 Disember lalu, sebuah portal berita mendedahkan Akuan Bersumpah (SD) dibuat bekas anggota pasukan Unit Tindakan Khas (UTK) polis, Azilah Hadri yang mendakwa Najib memberikan arahan untuk membunuh Altantuya.

Azilah yang kini berada di Penjara Kajang menanti hukuman gantung sampai mati selepas didapati bersalah membunuh Altantuya.

Azilah mendakwa mendapat arahan untuk ‘tembak dan bunuh’ (shoot to kill) secara terus daripada Najib yang ketika itu adalah timbalan perdana menteri.

Najib menafikan dengan menjelaskan dakwaan tersebut sebagai satu cerita rekaan terdesak untuk melepaskan diri daripada hukuman mati.

Ahli Parlimen Pekan itu juga menegaskan bahawa dakwaan terbabit adalah konspirasi baharu daripada Pakatan Harapan (PH) untuk menentang dan memfitnah sekaligus membuka jalan kepada kerajaan untuk menahan serta memenjarakannya tanpa jaminan.

Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan menggesa pihak polis menyiasat SD berkenaan bagi menentukan kebenarannya termasuk mereka yang menyediakan akuan bersumpah itu. – Sinar Harian

Tags: altantuya shaariibuuazilah hadriNajib Tun Razaksumpah laknat
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Belum Ada Cadangan Menarik Ambil Alih Malaysia Airlines

Next Post

Belgium Kekal Pasukan Terbaik Ranking FIFA

Related Posts

Najib Pertahankan Kabinet Baru

30/08/2021
0

BETUL! Rakyat, hasil dan pencapaian perlu diutamakan. Saya perhati ramai yang kecewa dengan pengumuman kabinet baharu hari ini. Seolah-olah kebanyakan...

Kerajaan Lama Berundur, Bursa Terus Elok

30/08/2021
0

BURSA Malaysia telah mencatat prestasi antara terbaik dalam dunia sejak kerajaan lama undur diri pada 16 Ogos lalu.Indeks bursa telah...

Next Post

Belgium Kekal Pasukan Terbaik Ranking FIFA

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd