• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, November 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Teliti Cadangan Hadkan Kelajuan Motor Kapcai

oleh
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Cadangan mengehadkan kelajuan motosikal berkapasiti kecil atau lebih dikenali sebagai kapcai kepada 70km/j memerlukan kajian lebih teliti tentang implikasi pelaksanaannya kerana ia melibatkan kira-kira 10 juta pemilik motosikal berdaftar di negara ini.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata selain melibatkan isu keselamatan, kerelevanan cadangan itu juga perlu dilihat daripada pelbagai sudut dan sejauh mana ia dapat dilaksanakan.

“Kita tahu ada cadangan untuk mengehadkan (kelajuan) kapcai, tetapi dalam keadaan di Malaysia, ia melibatkan ramai pemilik kapcai di negara ini.

“Mungkin dalam lingkungan 10 juta (pemilik) motosikal …jadi ini merupakan satu keputusan yang akan beri kesan yang sangat besar, saya bukan menolak cadangan itu tetapi daripada segi ‘practicality’ untuk melaksanakan cadangan itu perlu dilihat daripada pelbagai sudut,” katanya kepada Bernama.

Beliau ditemui selepas menjadi tetamu bagi program “Jendela Fikir” terbitan Bernama Radio, di Ibu Pejabat pertubuhan berita itu.

Ogos lepas, Menteri Kerja Raya, Baru Bian dilaporkan berkata saranan untuk mengenakan peraturan had laju kepada penunggang motosikal kapcai masih belum boleh dilaksanakan memandangkan ia memerlukan pemerhatian yang teliti untuk satu tempoh yang panjang.

Sebelum ini, The Safety First Group iaitu kumpulan pro-keselamatan jalan raya, menggesa kerajaan menguatkuasakan had laju 70km/j untuk motosikal kapcai selain meminta lebih banyak laluan khas motosikal dibina bagi mengurangkan kemalangan jalan raya membabitkan golongan itu.

Mengulas tentang cadangan supaya mewujudkan laluan khas penunggang motosikal di sebelah kiri jalan raya, Loke berkata ia akan dikemukakan kepada Kementerian Hal Ehwal Ekonomi untuk dijadikan sebahagian daripada Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12).

Menurutnya cadangan itu merupakan konsep yang baik, bagaimanapun pelaksanaannya memerlukan perbelanjaan yang besar seperti membina struktur jalan dan sebagainya.

“Kita berharap dapat membina laluan khas motosikal ini dan juga menyediakan rekaan lebuh raya (yang sesuai) pada masa hadapan dengan mengambil kira perkara itu,” katanya.

Tags: kapcaikementerian pengangkutanmotosikal
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

JDT Lubricants Di Stadium Sultan Ibrahim, Tawar Minyak Enjin Motosikal Dan Kereta

JDT Lubricants Di Stadium Sultan Ibrahim, Tawar Minyak Enjin Motosikal Dan Kereta

02/11/2026
0

JOHOR BAHRU - Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim (JDT) terus memperluaskan jenamanya dalam industri automotif menerusi JDT Lubricants yang menawarkan...

Akmal Saleh Hampir Cukup Wang Bayar Saman Teresa Kok, Berjaya Jual Motosikal Dan Ikan RM180,000

Akmal Saleh Hampir Cukup Wang Bayar Saman Teresa Kok, Berjaya Jual Motosikal Dan Ikan RM180,000

23/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh memaklumkan beliau kini hampir mempunyai wang mencukupi untuk membayar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd