• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Tarik Balik Pengharaman Buku G25

oleh
17/12/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Keputusan kerajaan untuk menarik balik pengharaman buku oleh kumpulan prokesederhanaan G25 merupakan petanda jelas dan jitu dalam mendukung rasa hormat terhadap hak asasi manusia, terutamanya berkaitan dengan kebebasan bersuara.

Dalam kenyataan semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P Waytha Moorthy berkata: “Keputusan penting ini selaras dengan Perkara 19 Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang menyatakan setiap orang berhak kepada kebebasan mengeluarkan pendapat dan buah fikiran, termasuk kebebasan untuk memegang pendapat tanpa gangguan dan menuntut, menerima dan menyebarkan maklumat dan buah fikiran menerusi mana-mana media dan tanpa mengira sempadan.”

Menurut laporan itu, penarikan balik pengharaman buku bertajuk “Breaking The Silence: Voices of Moderation – Islam in a Constitutional Democracy” oleh G25 direkodkan secara rasmi dalam warta persekutuan.

Laporan itu berkata pembatalan arahan pengharaman itu ditandatangani Menteri Dalam Negeri Muhyiddin Yassin bertarikh 21 November dan direkodkan dalam warta persekutuan bertarikh 10 Disember.

Waytha Moorthy berkata kerajaan akan terus membina sebuah masyarakat harmoni “yang menghormati pelbagai pendapat dan pandangan mengenai isu-isu asas, membenarkan lebih banyak perbincangan intelektual, sekaligus membolehkan idea berkembang dan ditambah baik dari semasa ke semasa.”

Tags: G25pengharaman bukuwaytha moorthy
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Waytha Isytihar Sokong BN Menjelang PRU15

Waytha Isytihar Sokong BN Menjelang PRU15

27/10/2022
0

Bekas menteri perpaduan, P Waytha Moorthy menyatakan sokongannya kepada BN menjelang pilihan raya umum (PRU) ke-15 bulan depan. Ikuti Mynewshub: Telegram...

Waytha Malukan Malaysia Dalam Sesi Dialog Di UK?

25/01/2020
0

KUALA LUMPUR - Rujukan profil P. Waytha Moorthy dalam satu dialog di United Kingdom (UK) dianggap memalukan Malaysia. Ia berlaku...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd