• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Berjaya Turun Nisbah Hutang, Liabiliti – Guan Eng

oleh
20/12/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kerajaan berjaya mengurangkan hutang dan liabiliti kerajaan kepada 77.1 peratus berbanding Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada akhir Jun lalu daripada 79.3 peratus pada akhir 2017 seperti diumumkan Jawatankuasa Pengurusan Hutang, baru-baru ini.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, dalam masa sederhana, kerajaan turut menyasarkan untuk menurunkan lagi nisbah hutang dan liabiliti kepada 65 peratus pada 2025.

“Ini menunjukkan kejayaan dan komitmen kerajaan Pakatan Harapan (PH) dalam usaha konsolidasi hutang dan liabiliti.

“Untuk 2019, sasaran defisit fiskal sebanyak RM52 bilion atau 3.4 peratus berbanding KDNK akan dicapai seperti yang dilaporkan oleh pihak Bank Dunia dan IMF.

“Ini merupakan penurunan daripada defisit fiskal sebanyak 3.7 peratus pada 2018 dan hasil daripada kejayaan kerajaan dalam pelaksanaan tender terbuka dan penjimatan kos kerajaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, hutang langsung dijangka meningkat sebanyak RM52 bilion pada tahun ini untuk menampung perbelanjaan pembangunan negara yang diluluskan Parlimen pada 2018.

“Kerajaan perlu membiayai projek infrastruktur pengangkutan awam dan utiliti seperti Transit Aliran Ringan (LRT) 3, Transit Aliran Massa (MRT) 2 dan Lebuhraya Pan Borneo dengan kos keseluruhan melebihi RM75 bilion.

“Di samping itu, kerajaan juga perlu menanggung RM20 bilion untuk menyelamatkan Tabung Haji (TH) demi melindungi kepentingan pendeposit selepas juruaudit antarabangsa mendapati pengurusan terdahulu telah memalsukan akaun (TH) untuk menyembunyikan kerugian yang besar dan membayar hibah yang tinggi walaupun tiada keuntungan,” katanya.

Guan Eng berkata, pengesahan agensi penarafan kredit antarabangsa ke atas penarafan kredit berdaulat Malaysia pada paras A- atau A3 dengan unjuran stabil bukti kukuh kerajaan PH berhemah dan telus dalam pengurusan fiskal kerajaan.

“Keyakinan badan dan pelabur antarabangsa mematahkan dakwaan pihak tidak bertanggungjawab yang memutarbelitkan fakta untuk menyebarkan maklumat palsu berkaitan kedudukan hutang dan liabiliti negara, termasuk fitnah bahawa Kementerian Kewangan menjual aset dan hartanah negara.

“Perlu ditegaskan bahawa saya belum meluluskan sebarang penjualan aset dan hartanah negara, yang sebenarnya dijalankan oleh agensi lain yang tidak ada kaitan dengan Kementerian Kewangan,” katanya. – Sinar Harian

Tags: hutang liabiliti kerajaanKDNKLim Guan Eng
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Firdaus Wong Sindir Guan Eng Program Jualan Babi Di Butterworth

Firdaus Wong Sindir Guan Eng Program Jualan Babi Di Butterworth

16/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Pendakwah dan aktivis sosial, Firdaus Wong Wai Hung secara sinis menyarankan Penasihat DAP, Lim Guan Eng mewujudkan...

Program Jualan Daging Babi Besar-Besaran Di Tempat Awam Bukti Butterworth Hidup Penuh Maruah – Guan Eng

Program Jualan Daging Babi Besar-Besaran Di Tempat Awam Bukti Butterworth Hidup Penuh Maruah – Guan Eng

15/06/2026
0

BUTTERWORTH – “Tempat lain mungkin tidak mahu, tidak boleh atau tidak berani menganjurkan promosi besar-besaran daging babi, tetapi Butterworth berani...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd