• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Keputusan Kes Dadah Anak Mat Sabu 3 Januari

oleh
05/12/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Mahkamah Majistret di sini, hari ini, menetapkan 3 Januari depan untuk keputusan kes anak Menteri Pertahanan, Ahmad Saiful Islam, yang didakwa atas kesalahan menggunakan dadah di sebuah hotel terkemuka.

Terdahulu mahkamah menetapkan hari ini untuk keputusan di akhir pendakwaan, bagaimanapun, dimaklumkan pihak pendakwaan menerusi Timbalan Pendakwa Raya, Nur Fatin Mohamad Farid, hanya menerima hujah pembelaan semalam.

Peguam Nasar Khan, yang mewakili Ahmad Saiful, bagaimanapun, memaklumkan dokumen itu sudah dihantar ke pihak pendakwaan pada 27 November lalu.

Sehubungan itu, Majistret Mohamad Aizat Abdul Rahim, menetapkan 18 Disember ini untuk hujahan balas oleh pihak pendakwaan dan 3 Januari depan untuk keputusan kes.

Pada 13 Jun lalu, Ahmad Saiful Islam, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret atas tuduhan menggunakan dadah jenis THC di pusat hiburan Hotel W, di sini, pada jam 2.05 pagi, 5 Januari 2019.

Dia didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya dan sabit kesalahan boleh dipenjara dua tahun atau denda sehingga RM5,000 atau kedua-duanya sekali.

Sebelum ini media melaporkan, Ahmad Saiful dan seorang lagi rakannya ditahan selepas didapati positif dadah di sebuah pusat hiburan di tingkat 12 sebuah hotel di Jalan Ampang di Kuala Lumpur.

Anak ketiga Mohamad itu ditahan dalam Ops Pusat Hiburan Bersepadu oleh sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, pada jam 12.30 tengah malam. – BH Online

Tags: Ahmad Saiful IslamAnak Mat Sabukes dadah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

3 Ditahan, Syabu RM1.32 Juta Dirampas Dalam Serbuan Di Ranau Dan Telupid

3 Ditahan, Syabu RM1.32 Juta Dirampas Dalam Serbuan Di Ranau Dan Telupid

02/09/2025
0

KOTA KINABALU: Polis menahan tiga lelaki dalam dua serbuan berasingan di Ranau dan Telupid, dekat sini pada 28 Ogos lalu,...

Polis Masih Siasat Kes Anak Bekas PM Ditahan Kes Dadah

Polis Masih Siasat Kes Anak Bekas PM Ditahan Kes Dadah

31/08/2025
0

KUALA LUMPUR: Polis masih menyiasat kes membabitkan anak bekas seorang Perdana Menteri selepas sejumlah dadah ditemui dalam keretanya di Lebuh...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd