Monday, June 17, 2024

Creating liberating content

Dua Lelaki Ditahan Bersama...

DUNGUN - Dua lelaki diberkas bersama pelbagai jenis dadah bernilai RM1,000 dalam tangkapan...

Helah Jatuh Lubang Air...

KUANTAN - Helah seorang buruh warga Nepal untuk melarikan diri dengan berpura-pura terjatuh...

Dadah Bernilai RM1.7 Juta...

MIRI - Polis telah membuat rampasan dadah terbesar di Sarawak berjumlah RM1.7 juta...

Bila Lim Kit Siang...

KUALA LUMPUR - "Saya tidak boleh menerima pandangan prinsip Islam tidak dipenuhi jika...

“Kamu Fikir Mereka Hendak Mengaku?” – Shafee

KUALA LUMPUR – “Kamu fikir mereka hendak mengaku?”

Itu respon Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah terhadap penafian Pejabat Perdana Menteri mengenai isu ada VVIP yang berjumpa dengan Azilah Hadri.

Peguambela Datuk Seri Najib Razak itu juga tidak terkejut dengan penafian Jabatan Penjara berkenaan isu yang sama.

“Mereka (akan) gantung diri. Sudah tentu mereka menafikannya,” katanya ketika ditemui di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.

Sebelum itu, Muhammad Shafee mendakwa Azilah – tahanan yang menunggu hukuman mati kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu – dibawa berjumpa VVIP pada Februari lalu.


Beliau juga tidak boleh menamakan VVIP berkenaan.

“Saya tak boleh. Kami tengah berusaha untuk itu. Saya tak boleh beritahu anda lebih daripada itu,” ujarnya.

Terdahulu, Azilah dalam pengakuannya mendakwa membunuh Altantuya atas arahan Najib yang ketika itu menjadi timbalan perdana menteri. – MalaysiaGazette

Kategori