• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 21, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kamn Ismail, Pengasas Animasi Digital Meninggal Dunia

oleh
09/12/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pengasas animasi digital dan tokoh penglipur lara animasi Malaysia, Kamaruddin Ismail, 63, meninggal dunia pada pukul 4.15 petang ini di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Petaling Jaya, setelah hampir dua bulan dirawat selepas serangan jantung.

Presiden Persatuan Animasi Malaysia (Animas), Amir Hamzah Hashim menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan petang ini berkata, Allahyarham yang juga dikenali sebagai Kamn Ismail merupakan tokoh pelopor penggunaan teknologi komputer dan aplikasi digital pada 1990-an melalui penerbitan animasi Usop Sontorian.

Pada 1997, beliau mencipta dan menerbitkan siri animasi televisyen Keluang Man yang bersiaran di saluran TV1 (Radio Televisyen Malaysia) melalui kaedah hibrid animasi 2D dan 3D.

Animasi beliau pernah dinobatkan sebagai Filem Animasi Terbaik FFM 2004 dan 2005 melalui animasi Kumang Legenda Sarawak dan animasi Legenda Kinabalu.

Pada 1 April lepas, Rumah Kartun dan Komik Malaysia bersama Animas menobatkan beliau sebagai Tokoh Penglipur Lara Animasi Malaysia pada malam Anugerah Kartunis dan Hari Kartunis 2018 di Muzium Negara.

Amir Hamzah ketika dihubungi Bernama menyifatkan Allahyarham sebagai seorang yang komited dalam menghasilkan sesebuah siri animasi.

“Saya telah bekerja dengan Allahyarham sejak tahun 1994. Allahyarham seorang yang gemar bercerita dan akan berusaha menyiapkan sesebuah animasi dengan sebaiknya meskipun ada mana-mana pihak yang meniru hasil kerjanya, Allahyarham tidak mudah berputus asa.

“Allahyarham sering berpesan kepada kami supaya percaya kepada rezeki yang Allah telah tetapkan kepada seseorang dalam apa jua keadaan, dan itu antara kata-kata yang saya ingat sampai sekarang,” katanya.

Tags: animasi digitalkamaruddin ismailKamn IsmailUsop Sontorian
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Pengerusi SPR Nafi Bincang Kes Rafizi Dengan Peguam Negara

Next Post

12 Pekerja Kilang Kimia Melecur Akibat Kebakaran

Related Posts

No Content Available
Next Post

12 Pekerja Kilang Kimia Melecur Akibat Kebakaran

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd