• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kadir Kritik 2 Menteri Papar Wajah Di Papan Iklan

oleh
31/12/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Wartawan veteran, A Kadir Jasin hari ini mengkritik tindakan 2 menteri Pakatan Harapan (PH) yang menurutnya melakukan tindakan tidak wajar apabila terlalu mempamerkan diri menerusi papan iklan.

Menurut Kadir, adalah lebih baik sekiranya menteri PH menonjolkan wajah individu terlibat dan mengambil bahagian secara langsung dalam agenda di bawah Putrajaya berbanding memaparkan wajah masing-masing.

“Lebih baik mempromosikan agenda kerajaan daripada wajah menteri. Lebih baik memaparkan individu yang mengambil bahagian dalam agenda kerajaan berbanding gambar menteri yang bergaya.

“Kerajaan adalah mengenai rakyatnya dan bukannya melibatkan menteri yang berusaha membina personaliti atau pegawai kerajaan yang memperolehi keuntungan daripada kedua-dua belah pihak,” katanya dalam satu kenyataan, di Facebooknya, hari ini.

Bagi Kadir, kerajaan seharusnya mempromosikan egalitarianisme, kemanusiaan dan merendahkan diri berbanding sikap birokrasi dan feudalisme.

Walaupun tidak menamakan mana-mana pemimpin PH, menerusi gambar disertakan, Kadir memperlihatkan 2 kain rentang memaparkan wajah Menteri Pendidikan, Mazlee Malik dan Menteri Pembangunan Luar Bandar, Rina Mohd Harun.

Kedua-dua menteri berkenaan adalah dari PPBM. Salah satu kain rentang yang memaparkan wajah Maszlee boleh dilihat di Lebuhraya Persekutuan. – FMT

Tags: A Kadir JasinMaszlee MalikMenteri Pakatan HarapanRina Mohd Harun
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Anwar Tak Janji Jawatan Apa Pun, Cuma Minta Pengorbanan’

‘Anwar Tak Janji Jawatan Apa Pun, Cuma Minta Pengorbanan’

09/01/2023
1

Bekas menteri pendidikan Maszlee Malik menjelaskan spekulasi di sebalik teguran Perdana Menteri Anwar Ibrahim dikongsinya sebelum ini tidak menjanjikan sebarang...

[RASMI] PRU15: Maszlee Malik Tewas Dengan Hasni Mohammad

[RASMI] PRU15: Maszlee Malik Tewas Dengan Hasni Mohammad

19/11/2022
0

PETALING JAYA – Calon Pakatan Harapan (PH), Maszlee Malik tewas kepada calon Barisan Nasional (BN), Hasni Mohammad dalam Parlimen Simpang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd