• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, November 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ka Siong Persoal RM40 Juta Disalur Ke Badan Alumni TAR UC

oleh
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Presiden MCA, Wee Ka Siong membantah keputusan Kementerian Kewangan menyalurkan RM40 juta ke tabung amanah pendidikan Persatuan Alumni TARCian (TAA).

Ka Siong di Facebook mempersoalkan tatacara kerajaan menyalurkan dana yang bertujuan untuk institusi pendidikan.

Semalam, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, pada sidang akhbar bersama TAA, mengumumkan pemindahan peruntukan itu kepada tabung amanah tersebut untuk Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman (KU TAR) dan pelajar-pelajarnya.

Presiden TAA, Yap Kuak Fong berkata lembaga tabung amanah itu akan bekerja rapat dengan pengurusan KU TAR bagi memastikan geran itu diuruskan dan diagihkan dengan wajar.

Ka Siong hari ini berkata sekiranya peruntukan itu memberi manfaat kepada para pelajar, maka MCA tidak akan mempersoalkan sumber dana itu buat masa ini.

“Namun, apa yang berlaku ialah RM40 juta berkenaan tidak disalurkan kepada pihak pengurusan KU TAR sebaliknya diberikan kepada entiti luar,” katanya.

Beliau berkata selama 50 tahun lalu, kerajaan membiayai perbelanjaan pembangunan dan operasi KU TAR menerusi belanjawan tahunan bawah Kementerian Pendidikan.

Dalam Belanjawan 2019, menurutnya, kerajaan memperuntukkan RM5.5 juta untuk KU TAR menerusi kementerian itu.

Tetapi Malaysia mencipta rekod baru dengan “peruntukan operasi” RM40 juta yang disalurkan ke Tabung Amanah Pendidikan TAA, katanya.

“Ini kerana, peruntukan operasi dan pembangunan kepada sebuah institusi pendidikan kini terletak bawah bidang kuasa 2 kementerian berasingan.”

“Adakah Kementerian Kewangan melangkau bidang kuasanya dengan mengatasi Kementerian Pendidikan? Menteri Pendidikan Maszlee Malik tidak mahu kata apa-apa tentang perkara ini?”

Ka Siong menambah peruntukan RM40 juta itu tidak terkandung dalam Belanjawan 2019 dan dan bukan dari Kementerian Pendidikan mahupun Kementerian Kewangan.

“Tidak ada dinyatakan tentang peruntukan nominal Kementerian Pendidikan, mahupun untuk peruntukan operasi KU TAR.

“Adakah pengeluaran wang pembayar cukai sebanyak RM40 juta ini tidak mematuhi protokol atau tatacara standard (SOP)?”

Guan Eng dan pemimpin MCA berbalah mengenai geran sepadan untuk KU TAR. Beliau berhujah institusi pendidikan itu tidak patut dikawal oleh parti-parti politik dan ahli-ahli politik. – FMT

Tags: KU TARLim Guan EngPersatuan Alumni TARCianTAR UCWee Ka Siong
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Persefahaman BN/PN Mengangkat Agenda Rakyat Berbilang Kaum – Wee Ka Siong

Persefahaman BN/PN Mengangkat Agenda Rakyat Berbilang Kaum – Wee Ka Siong

13/11/2026
0

MELAKA - Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong menyifatkan perhimpunan ribuan penyokong Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional...

Tarif Elektrik Naik, Kuota Subsidi Petrol Berubah, Beban Cukai Semakin Meningkat – Wee Ka Siong

Tarif Elektrik Naik, Kuota Subsidi Petrol Berubah, Beban Cukai Semakin Meningkat – Wee Ka Siong

10/11/2026
0

MELAKA - Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong membangkitkan beberapa isu yang memberi kesan kepada rakyat termasuk pengurangan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd