• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Buka Kertas Siasatan Isu Muka Depan The Star

oleh Ahmad Albab
30/05/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Polis membuka kertas siasatan berhubung penyiaran muka depan akhbar berbahasa Inggeris The Star pada Sabtu lepas di bawah Akta Hasutan dan Seksyen 298A Kanun Keseksaan, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Beliau berkata polis akan memanggil mereka yang bertanggungjawab bagi membantu siasatan berikutan banyak laporan diterima mengenai paparan muka depan akhbar itu melibatkan foto dan kapsyen yang menyinggung perasaan masyarakat Islam.

“Mereka (The Star) perlu memberi keterangan kenapa, apa sebab atau niat menyiarkan gambar berserta kapsyen seumpama itu,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri majlis penyerahan sumbangan Aidilfitri kepada anggota keselamatan negara di sini, hari ini.

Pada Sabtu lepas, akhbar The Star telah menyiarkan gambar berserta kapsyen yang; dikatakan tidak sensitif dengan umat Islam di negara ini sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati dan maklum balas pelbagai pihak termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam di negara ini.

Semalam, Kementerian Dalam Negeri turut memanggil empat wakil akhbar harian itu untuk memberi penjelasan berhubung kaitan foto umat Islam menunaikan solat Tarawih pada malam pertama Ramadan, namun tajuk muka depan di atas foto itu tertulis “Malaysia Terrorist Leader”, seolah-olah mengaitkan umat Islam dengan keganasan.

Mengulas mengenai identiti dua warga Malaysia yang terbunuh dalam pertempuran dengan tentera Filipina di bandar Marawi, Mindanao baru-baru ini, Khalid berkata pihaknya masih belum mendapat pengesahan daripada pihak berkuasa negara itu.

“Kita sedia maklum mengenai perkara ini namun perlu ada pengesahan daripada pihak berkuasa Filipina,” katanya.

Dua rakyat Malaysia itu dipercayai antara 13 militan yang terbunuh dalam pertempuran di selatan Filipina.

Pertempuran itu berlaku apabila pasukan keselamatan Filipina menyerbu Marawi untuk memburu pemimpin Kumpulan Abu Sayyaf, Isnilon Hapilon, serta kumpulan Maute, yang mempunyai kaitan dengan kumpulan militan Daesh. – BERNAMA

Tags: Akhbar The Star
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

The Star Perjelas Wawancara Mujahid Mengenai Serbuan Khalwat

10/10/2018
0

PADA 6 Oktober, The Star menyiarkan berita pada halaman empat akhbar berkenaan dengan tajuk “Putting compassion into practice” dan “No...

Akhbar The Star Digesa Mohon Maaf Secara Terbuka

08/10/2018
0

KUALA LUMPUR - Akhbar berbahasa Inggeris, The Star digesa agar memohon maaf secara terbuka kerana menulis laporan yang salah sehingga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd