• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 19, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jualan Proton Melonjak 100% Pada Bulan November

oleh
04/12/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pengeluar kereta nasional, Proton, mencatatkan satu lagi prestasi kukuh pada November apabila jualan tahun ke tahunnya meningkat sebanyak 100 peratus dengan 9,643 unit terjual.

Proton Holdings Bhd. dalam satu kenyataan hari ini berkata, kuantiti terkumpul bagi tahun ini berjumlah 89,476 unit, yang merupakan pertumbuhan 50.1 peratus tahun ke tahun manakala bahagian pasaran juga berkembang dan dianggarkan kini berada pada 16.2 peratus bagi keseluruhan 2019.

Model Proton Saga mencatatkan jualan bulan ketiga berturut-turut melepasi paras 4,000 unit apabila sebanyak 4,091 kereta diserahkan pada November.

Ia membolehkan model terbaharu Proton ini menduduki senarai teratas dalam jualan sedan segmen A dengan 34,422 unit terjual setakat ini bagi 2019.

Pertumbuhan kuantitinya kini berada di tahap memberangsangkan pada 32 peratus, yang mana setakat ini merupakan yang terbaik bagi mana-mana model dalam segmen tersebut.

“Cabaran kami adalah untuk meningkatkan kapasiti pengeluaran bagi Saga dan kami mengadakan perbincangan menyeluruh dengan vendor kami untuk berusaha meningkatkan kuantiti tahun depan,” kata Ketua Pegawai Eksekutifnya Dr. Li Chunrong.

Sementara itu, jualan kenderaan utiliti sukan (SUV) pertama Proton, Proton X70, juga tidak menunjukkan sebarang penurunan.

Proton X70 akan meraikan ulang tahun pertamanya pada 12 Disember ini.

“Proton X70 adalah kejayaan terbesar kami bagi 2019. Ia membolehkan Proton memasuki segmen baharu dengan tanpa sebarang pengalaman pasaran dan setahun kemudiannya, ia muncul sebagai peneraju jualan yang tidak boleh dipertikaikan lagi,” kata Li, sambil menambah jualan Proton X70 telah meningkat dengan 2,000 unit terjual pada November.

“Peningkatan itu membuktikan bahawa pelanggan masih lagi berminat dengan SUV pintar itu dan kami menyasar meningkatkan minat tersebut pada tahun depan,” katanya.

Memandangkan pengembangan kilang baharu di Tanjung Malim semakin hampir memulakan aktiviti pengeluaran, jurutera Proton, katanya, bertekad untuk menghasilkan produk yang kualitinya menyaingi atau malahan lebih baik lagi daripada kenderaan yang dihasilkan oleh anggota lain daripada kumpulan jenama automotif Geely Auto.

Tags: kereta nasionalProtonProton saga
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

RUU Sekat Keluar Negara Jika Tak Bayar Caruman KWSP

Next Post

KDN Ambil Tindakan Pelancong China, India Tinggal Lebih Masa

Related Posts

Lakukan Pemeriksaan 5-Mata Pada Kereta Anda

26/04/2020
0

SEJAK PKP dilaksanakan, kita mungkin secara tidak langsung mengabaikan kereta yang dimiliki kerana kita tidak dibenarkan untuk memandunya ke tempat...

Malaysia Akan Bangunkan 3 Kereta, Motosikal Nasional

21/02/2020
0

KUALA LUMPUR - Dr. Mahathir Mohamad menjangkakan Projek Kenderaan Malaysia akan menyumbang secara ketara kepada pertumbuhan ekonomi negara melalui sokongannya...

Next Post

KDN Ambil Tindakan Pelancong China, India Tinggal Lebih Masa

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd