• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 4, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Isu Perkauman Bebankan Polis – KPN

oleh
28/12/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGETOWN – Tindakan sesetengah pihak yang gemar membangkitkan isu perkauman hanya membebankan polis, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador.

Beliau berkata, rakyat negara ini seharusnya berfikiran lebih matang seiring negara yang sudah 62 tahun mencapai kemerdekaan, namun apa yang berlaku hari ini amat mendukacitakan.

“Menyedihkan apabila semakin matang negara, semakin kurang matang pemikiran sesetengah pihak (rakyat).

“Saya sedang berusaha untuk mengemas kini Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC), fokus untuk memperbetulkan pasukan supaya dapat mempertingkatkan mutu perkhidmatan menjadi lebih telus dan adil kepada rakyat, tetapi dibebankan pula dengan isu tidak sepatutnya.

“Justeru di sini, saya minta mana-mana pihak yang suka menyentuh isu perkaumam ini, cuba fikir secara matang kerana akhirnya jika berlaku kekacauan tiada siapa pun yang dapat manfaat,” katanya, di sini, malam tadi.

Abdul Hamid menyatakan demikian ketika diminta mengulas berhubung rasa tidak puas hati sesetengah pihak dengan mempersoal perintah mahkamah yang menghalang Persekutuan Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) meneruskan penganjuran persidangan isu tulisan Jawi di Kajang, hari ini.

Beliau sebelum itu melepaskan 5,500 peserta Kayuhan Basikal dan Larian Solidariti Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’azdzam Shah Pulau Pinang 2019 yang turut dihadiri Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk T Narenasegaran.

Abdul Hamid berkata, beliau tidak mahu mengulas lanjut mengenai isu pembatalan persidangan itu sebaliknya, menyerahkan hal itu kepada Ketua Polis Selangor, Datuk Noor Azam Jamaluddin dan Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner, Ahmad Dzaffir Mohd Yussof.

“Suasana hangat kerana ada pihak yang melakukan provokasi justeru, adalah lebih baik acara itu dibatalkan atau ditangguhkan atau dibuat dalam cara yang tidak menyentuh emosi serta sentimen orang lain.

“Saya kuat berpegang teguh pada prinsip demokrasi yang mana rakyat bebas bersuara tapi dalam parameter selamat,” katanya.

Semalam, Ahmad Dzaffir memaklumkan pihaknya memohon dan memperoleh perintah mahkamah daripada Mahkamah Kajang untuk Dong Zong tidak meneruskan persidangan.

Persidangan bertujuan membincangkan pembelajaran tulisan jawi di sekolah vernakular dan meyakinkan kerajaan supaya membatalkan pengajarannya, mendapat bantahan pihak terutama umat Islam di negara ini. – BH Online

Tags: Abdul Hamid Badorperkaumanpolis
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Syed Saddiq Dalam Kabinet Semasa Mansuh BIPK Diluluskan

Next Post

Kem Anwar, Mahathir Dalam UMNO Rosakkan Parti

Related Posts

Syabu RM13.14 Juta Dalam Kereta, Polis Tahan Duda

Syabu RM13.14 Juta Dalam Kereta, Polis Tahan Duda

02/06/2025
0

Kangar: Polis berjaya membongkar kegiatan pengedaran dadah yang menjadikan Perlis sebagai transit, selepas merampas syabu seberat 365 kilogram bernilai RM13.14...

Polis Melaka Cadang Kertas Kerja Haram Jualan Vape

Polis Melaka Cadang Kertas Kerja Haram Jualan Vape

27/05/2025
0

MELAKA – Polis Melaka sedang menyiapkan kertas kerja bagi cadangan mengharamkan penjualan rokok elektronik atau vape sebelum dibentangkan kepada kerajaan...

Next Post

Kem Anwar, Mahathir Dalam UMNO Rosakkan Parti

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd