• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 11, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hubungan Dengan Anwar Baik, Positif – Azmin

oleh
06/12/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Walaupun didakwa wujud pertelingkahan namun Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mendedahkan bahawa hubungan beliau dengan Presidennya, Datuk Seri Anwar Ibrahim baik dan positif.

“Cuma mungkin media berasa pelik kerana 60 tahun media laporkan parti yang (seperti) tidak boleh ada perbincangan dan perbezaan pandangan dalam kepimpinan.

“Bila tengok presiden dan timbalan (presiden PKR) berbeza pandangan, media terkejut. Ini demokrasi sihat. Presiden, timbalan presiden, cukup positif.

“Untuk bangunkan generasi baharu, yang kritis tetapi berpegang pada fakta dan ilmu yang tinggi,” katanya di sini malam tadi.

Mohamed Azmin berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Kongres Nasional Wanita dan Angkatan Muda Keadilan PKR 2019 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka di sini.

Hadir sama, Naib Presiden PKR, Zuraida Kamaruddin dan Tian Chua serta Ketua Wanita PKR, Haniza Mohamed Talha dan Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat, Akmal Nasrullah Mohd Nasir.

Menjawab pertanyaan ketidakhadiran beliau pada mesyuarat Biro Politik PKR, Mohamed Azmin berkata, semua perkara itu telah dibincangkan dengan presiden parti dan kepimpinan tertinggi parti.

Bagaimanapun, beliau berkata, sebab ketidakhadiran itu tidak akan dikongsi dengan media.

“Presiden ambil maklum penjelasan itu, ini perkara dibincangkan dalam parti, yang penting media melaporkan Keadilan bertambah kuat dan jitu,” katanya.

Tambahnya, dalam sebuah parti yang dinamik dan mempertahankan prinsip demokrasi seperti PKR, terdapat pandangan serta pendekatan yang berbeza dalam melaksana yang terbaik untuk parti. – Sinar Harian

Tags: Anwar IbrahimKongres Nasional AMKMohamed Azmin Ali
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Aksi Hambar Kontinjen Malaysia Berterusan Hari Kelima

Next Post

3 Sekeluarga Maut Rumah Terbakar Di Pandamaran

Related Posts

Anwar Mohon Tangguh Prosiding Perbicaraan Kes Saman Difailkan Yusoff Rawther

Anwar Mohon Tangguh Prosiding Perbicaraan Kes Saman Difailkan Yusoff Rawther

06/06/2025
0

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, memfailkan permohonan untuk menangguhkan prosiding perbicaraan kes saman difailkan terhadapnya pada 2021...

Jabatan Peguam Negara Nafi Pengampunan Anwar Tidak Sah

Jabatan Peguam Negara Nafi Pengampunan Anwar Tidak Sah

03/06/2025
0

SHAH ALAM - Jabatan Peguam Negara (AGC) menafikan dakwaan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa pengampunan Perdana Menteri,...

Next Post

3 Sekeluarga Maut Rumah Terbakar Di Pandamaran

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd