• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, February 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gambar Ala Komunis Bukan Di Malaysia – Polis

oleh
05/12/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Gambar beberapa individu berpakaian ala komunis yang dikaitkan dengan perhimpunan bekas anggota Parti Komunis Malaya (PKM) baru-baru ini tidak berlaku di negara ini.

Hasil siasatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendapati gambar dengan kain rentang ‘Majlis Peringatan Ulang Tahun ke-30 Perjanjian Damai Hatyai’ itu diambil ketika majlis terbabit berlangsung di sebuah hotel di Hatyai, Thailand, pada Isnin.

“Siasatan mendapati gambar-gambar tersebut diambil pada 2 Disember 2019 semasa majlis tersebut berlangsung di Hotel Lee Garden, Hatyai, Thailand,” kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed dalam satu kenyataan.

Sementara itu, beliau menjelaskan, pihaknya masih menjalankan siasatan berhubung penganjuran majlis sama yang diadakan di Kajang, Ahad lalu.

Siasatan dikendalikan Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Bahagian Pendakwaan/Undang-undang (D5) JSJ Bukit Aman mengikut Seksyen 505 (c) Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Setakat ini, polis menerima 53 laporan polis di seluruh negara berhubung penganjuran majlis berkenaan dan pihaknya memberi jaminan siasatan telus dan adil akan dijalankan mengikut undang-undang.

Sebelum ini, sebuah portal berita melaporkan, kira-kira 300 orang telah menghadiri perjumpaan dan perhimpunan yang dipercayai melibatkan bekas ahli PKM itu di Kajang, pagi Ahad.

Huzir turut mengingatkan orang ramai untuk menghentikan spekulasi berhubung majlis itu kerana dikhuatiri menimbulkan suasana tegang dan tidak harmoni di negara ini.

“Penularan kenyataan atau bahan-bahan berkaitan kedua-dua majlis ini mahupun PKM, dikhuatiri akan menimbulkan suasana tegang dan mencetuskan suasana tidak harmoni di dalam negara.

“Adalah diingatkan bahawa tindakan memuat naik kenyataan atau artikel berkaitan isu ini boleh mengakibatkan satu siasatan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dijalankan,” katanya. – Astro AWANI

Tags: parti komunis malayaPDRMPerjanjian Damai Hatyai
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PDRM Terima 45 Laporan Pemalsuan Dokumen 7 Pemain Warisan

PDRM Terima 45 Laporan Pemalsuan Dokumen 7 Pemain Warisan

07/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima 45 laporan berhubung isu pemalsuan dokumen membabitkan tujuh pemain warisan Harimau Malaya. Laporan...

RM415,510 Kutipan Saman Trafik Tertunggak Berjaya Dikutip

RM415,510 Kutipan Saman Trafik Tertunggak Berjaya Dikutip

20/10/2025
0

MELAKA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengutip 3,409 saman trafik tertunggak bernilai RM415,510 menerusi kempen diskaun 50 peratus sempena Program Madani...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd