• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Emir Qatar Puji Malaysia Anjur Sidang Kemuncak KL

oleh
13/12/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

DOHA – Emir Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani memuji Malaysia yang menganjurkan Sidang Kemuncak Kuala Lumpur 2019.

Perdana Menteri, Dr. Mahathir Mohamad berkata perkara itu dinyatakan Sheikh Tamim ketika beliau menghadap dan mengadakan pertemuan empat mata dengan pemerintah Qatar itu di Amiri Diwan, di sini semalam.

Amiri Diwan adalah dewan pemerintahan Negara Qatar. Ia adalah badan berdaulat dan pejabat pentadbiran Emir Qatar.

“Pada pertemuan dengan Emir Qatar, kebanyakan perbincangan tertumpu kepada Sidang Kemuncak Kuala Lumpur.

“Saya fikir Emir akan datang (ke sidang kemuncak itu), dan memberi banyak sumbangan (idea) melihat kepada cara baginda mentadbir Qatar lebih menumpukan soal pelajaran,” katanya kepada media Malaysia selepas Majlis Makan Malam bersama diaspora Malaysia di Qatar, malam tadi.

Sidang kemuncak itu, yang diilhamkan oleh Malaysia, Pakistan dan Turki, bakal berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) mulai 18 hingga 21 Disember ini.

Penganjurannya antara lain bagi mencari jalan penyelesaian baru terhadap masalah menimpa dunia Islam, dan menyumbang ke arah memperbaiki keadaan umat Islam dan negara-negara Islam.

Ia juga bertujuan untuk membentuk jaringan antara pemimpin Islam, cendekiawan, ulama dan pemikir di seluruh dunia, serta menghidupkan semula peradaban Islam.

Dr. Mahathir dipertanggungjawabkan sebagai pengerusi Sidang Kemuncak Kuala Lumpur 2019.

Selain Emir Qatar; Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan; Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan dan Presiden Iran, Hassan Rouhani dijangka menyertai sidang kemuncak berkenaan.

Ditanya mengenai mesyuarat meja bulat bersama ketua-ketua industri Qatar semalam, Dr. Mahathir yang dalam rangka lawatan rasmi 4 hari ke negara itu berkata pemain industri terkemuka Qatar berminat untuk melabur di Malaysia.

“Mereka juga mahu rakyat Malaysia datang ke sini untuk melabur dan menjalin perkongsian dengan mereka,” katanya.

Mengulas lanjut, Dr. Mahathir turut tertarik dengan cara Qatar mengatasi masalah setelah dikenakan sekatan ekonomi oleh beberapa negara sejak 2017, antaranya dengan menceburi sektor ternakan lembu bagi menghasilkan susu sedangkan negara berkenaan tidak mempunyai padang rumput yang banyak.

Beliau berkata pentadbiran Qatar juga mengutamakan bidang pendidikan untuk rakyat mereka, antaranya dengan mempelawa banyak universiti terkemuka dunia untuk membuka cawangan di negaranya.

“Ini satu usaha yang akan menjadikan rakyat Qatar lebih berpelajaran daripada kebanyakan negara Islam lain. Pada masa sama, mereka juga menggunakan bahasa Inggeris sebagai medium untuk mengajar selain bagi pendidikan agama dan beberapa bidang lain,” katanya.

Tags: Emir QatarMahathir MohamadSheikh Tamimsidang kemuncak KL
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Mahathir Bakal Tubuh Gagasan Melayu-Islam Baru

Mahathir Bakal Tubuh Gagasan Melayu-Islam Baru

04/08/2022
0

Satu gagasan baru berteraskan agenda Melayu dan Islam yang dipimpin Dr Mahathir Mohamad bakal ditubuhkan. Ikuti Mynewshub: Telegram Pada majlis solat...

Tun M Minta Semak Semula Bajet 2022

02/11/2021
0

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad meminta kerajaan menyemak semula Bajet 2022, belanjawan terbesar dalam sejarah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd