• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ejen Pengurusan Mayat Dibunuh Akibat Cemburu

oleh
31/12/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Polis mengenal pasti motif utama pembunuhan ejen pengurusan mayat pada 10 Disember lalu adalah akibat cemburu.

Ketua Polis Kedah, Datuk Zainuddin Yaacob berkata, siasatan mendapati mangsa mempunyai hubungan dengan teman wanita suspek utama.

Menurutnya, kes melibatkan penahanan lima suspek termasuk seorang wanita itu dianggap selesai apabila kesemua suspek mengaku berhubung pembabitan dalam jenayah tersebut.

“Berdasarkan siasatan, kita mendapati motif utama pembunuhan mangsa disebabkan cemburu hingga membawa kematian.

“Seorang orang kena tuduh (OKT) dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan di Mahkamah Majistret Kulim, manakala OKT lain mengikut Seksyen 118 Kanun Prosedur Jenayah pada 24 Disember lalu,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah, di sini tadi.

Turut hadir, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, Senior Asisten Komisioner, Sapii Ahmad dan Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Mohd Yusuf Shaari.

Pada kejadian 10 Disember lalu, mayat seorang lelaki dengan kesan tetakan di kepala ditemui di tepi jalan berhampiran kawasan pembenihan anak Ikan, Kampung Kilang Baru.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kedah, Senior Asisten Komisioner Sapii Ahmad berkata, polis menerima panggilan daripada orang awam berhubung penemuan mayat terbabit kira-kira jam 7.30 pagi pada hari kejadian.

Tags: ejen pengurusan mayatkes bunuh
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

17/02/2026
0

KUANTAN: Seorang lelaki dipercayai membunuh ibu, isteri dan dua anak perempuan sebelum membunuh diri di sebuah rumah di Taman Cherating...

Penjual Lembu Didakwa Bunuh Cikgu Sekolah Rendah

Penjual Lembu Didakwa Bunuh Cikgu Sekolah Rendah

06/02/2026
0

BANDAR BARU BANGI - Seorang penjual lembu didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat atas satu pertuduhan membunuh rakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd