• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Chong Wei Ucap Tahniah Kecemerlangan Skuad Badminton

oleh
10/12/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Lagenda badminton negara Datuk Lee Chong Wei pada Isnin mengucapkan tahniah kepada Persatuan Badminton Malaysia (BAM) serta pasukan badminton negara atas pencapaian mereka di temasya sukan SEA ke-30 di Filipina.

Dalam entri terbaharu di akaun Instagramnya, Chong Wei berkata kejayaan pemain perseorangan wanita S.Kisona meraih pingat emas pertama, disusuli dengan perolehan pingat emas oleh perseorangan lelaki negara Lee Zii Jia, benar-benar membawa kegembiraan yang berganda.

Jaguh berumur 37 tahun itu turut melabelkan beregu negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik sebagai ‘Memang Ganas’ selepas mereka meraih pingat emas yang ketiga di gelanggang badminton, sekali gus menamatkan kemarau 16 tahun.

“Pasangan campuran kita Goh Soon Huat-Shevon Lai pula raih pingat perak! Syabas!” katanya.

Chong Wei turut mengucapkan tahniah dengan kehebatan pasukan lelaki dan wanita, yang berjaya memenangi pingat perak dan gangsa masing-masing dalam acara berpasukan.

Skuad badminton negara menamatkan kempen di Filipina dengan menambah empat lagi pingat gangsa menerusi acara beregu wanita, beregu lelaki, dan beregu campuran.

Dua pasangan beregu wanita yang memenangi pigat gangsa terdiri daripada pasangan Chow Mei Kuan-Lee Meng Yean dan Vivian Hoo-Yap Cheng Wen, manakala pasangan beregu lelaki terdiri daripada Teo Ee Yi-Ong Yiew Sin, dan beregu campuran Tan Kian Meng-Lai Pei Jing.

Tags: badmintonLee Chong WeiSukan SEA Ke-30
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pekerja Kilang Beras Maut Digilis Lori

Chong Wei Terkandas Di Paris

21/04/2024
0

BEKAS pemain badminton negara, Datuk Wira Lee Chong Wei dan keluarganya terperangkap di Paris kerana banjir kilat di Dubai, Emiriah...

Zii Jia Sertai Skuad Negara Ke Piala Thomas 2024

Zii Jia Sertai Skuad Negara Ke Piala Thomas 2024

12/04/2024
1

PERSOALAN mengenai penyertaan pemain profesional negara, Lee Zii Jia dalam skuad Piala Thomas 2024 terjawab hari ini apabila namanya diumumkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd