• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Cara ALLAH Tunjukkan Kebesaran Supaya Ingat KepadaNYA

oleh
26/12/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SERIAN – Pengalaman sebanyak tiga kali menyaksikan fenomena gerhana matahari dengan matanya sendiri sebelum ini sudah cukup untuk menginsafkan Pegawai Bahagian Falak Syarie Jabatan Mufti Sarawak, Ustaz Mohamad Mokarat terhadap kebesaran Ilahi.

Mohamad, 57, berkata, perasaannya sungguh syahdu sewaktu melihat gerhana matahari di mana kita dapat melihat kebesaran dan kekuasaan ALLAH Yang Maha Esa.

“Pengalaman pertama saya melihat sendiri gerhana matahari ialah sewaktu di Kudat, Sabah pada 1995. Masih terbayang dalam ingatan betapa indahnya pemandangan yang amat jarang dilihat serta timbul rasa keinsafan dalam diri.

“Kali kedua saya berpeluang untuk melihat sendiri ialah pada 1998 di Bintulu. Ketika itu berlakunya fenomena gerhana matahari penuh,” katanya kepada Bernama ketika ditemui lokasi pencerapan gerhana matahari anulus (cincin) di Dataran Piazza di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Ustaz Mohamad yang telah lebih 21 tahun berkhidmat di Jabatan Mufti itu berkata, pengalaman kali ketiganya menyaksikan fenomena gerhana matahari penuh agak istimewa kerana ia berlaku di Palembang, Indonesia.

“Sewaktu kejadian itu, keadaan alam tiba-tiba gelap dan sungguh sunyi untuk beberapa minit dan hanya kedengaran kicauan burung.

“Ketika itulah kita dapat rasa bahawa ALLAH SWT ingin menunjukkan kebesaranNYA kepada manusia agar sentiasa mengingati kepada Yang Maha Pencipta,” katanya.

Sementara itu, fenomena gerhana matahari anulus (cincin) akan dapat disaksikan pada petang ini di Serian, kira-kira 60 kilometer dari Bandar Raya Kuching.

Gerhana tersebut berlaku apabila bulan bergerak tepat di hadapan matahari tetapi disebabkan pada ketika itu, bulan berada agak jauh daripada bumi, maka saiznya sedikit kecil dan tidak akan dapat menutupi keseluruhan bentuk piring matahari.

Selain Serian, Tanjung Piai di Johor turut bakal mengalami fenomena gerhana matahari anulus pada petang ini.

Kali terakhir, gerhana matahari cincin ini pernah terjadi di negara kita adalah 21 tahun yang lalu iaitu pada 22 Ogos 1998 di Mersing, Johor.

Tags: Allah SWTfenomenaGerhana matahari anulus
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pekerja Asing Perlu Jalani Tiga Saringan Kesihatan Baharu Termasuk Pengesanan Dadah

Air Hijau Di Kampung Kuala Hau Bukan Fenomena Luar Biasa

28/12/2023
0

MACHANG: Fenomena air hijau di Kampung Kuala Hau bukan situasi luar biasa berikutan sudah berlaku sejak tiga tahun lalu apabila...

Fenomena Air Pasang Besar Bukan Pesta – Bomba

07/11/2021
0

Bebudak mana nak fikir jauh, tanggungjawab orang tua la untuk menjaga dan menasihat serta menegur mereka.

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd