• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

BNM Cadang Keluar Sehingga 5 Lesen Bank Digital

oleh
27/12/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bank Negara Malaysia bercadang mengeluarkan sehingga lima lesen bank digital kepada pemohon yang layak bagi menubuhkan bank berkenaan untuk urusan perbankan konvensional atau secara Islam di negara ini.

Berikutan cadangan penubuhan bank digital itu, bank pusat berkenaan juga hari ini mengeluarkan Draf Dedahan Rangka Kerja Pelesenan Bank Digital, yang mana ia adalah sebahagian daripada langkah yang dilaksanakannya untuk membolehkan penggunaan teknologi yang inovatif dalam sektor kewangan.

Ia berkata, draf rangka kerja itu menggariskan rangka kerja yang dicadangkan bagi pelesenan bank digital yang menawarkan produk dan perkhidmatan perbankan untuk menangani jurang pasaran dalam segmen yang kurang, dan juga tidak mendapat perkhidmatan kewangan.

“Penubuhan bank digital ini dijangka dapat memberikan akses yang lebih bermakna kepada pengguna kewangan untuk mendapatkan penyelesaian kewangan yang bersesuaian dan termampu serta menggalakkan penggunaan produk kewangan yang lebih bertanggungjawab,” katanya dalam satu kenyataan.

Bank Negara berkata, pihaknya sudah menerima pakai pendekatan yang seimbang untuk membolehkan kemasukan bank digital dengan tawaran nilai yang kukuh serta boleh memelihara integriti dan kestabilan sistem kewangan serta menjaga kepentingan penyimpan.

Ia berkata, pihaknya juga turut mengambil kira bahawa bank digital sedemikian masih belum lagi beroperasi dalam kitaran kewangan dan ekonomi sepenuhnya.

Bagi mencapai hasil yang dikehendaki, BNM menetapkan had ke atas aset kumulatif yang boleh dijana tidak melebihi RM2 bilion pada tiga hingga lima tahun awal operasi.

Tempoh yang ditetapkan berfungsi sebagai ‘fasa asas’ bagi bank digital berlesen untuk menunjukkan daya maju dan kekukuhan operasi mereka, manakala bagi Bank pula tempoh ini bertujuan untuk memantau prestasi dan sebarang risiko yang mungkin timbul.

Bank digital perlu mematuhi keperluan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 (FSA) atau Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 (IFSA), termasuk keperluan berkaitan yang terdiri daripada standard kehematan, pengendalian perniagaan dan perlindungan pengguna, dan juga pencegahan pengubahan wang haram dan pembiayaan keganasan.

Sepanjang tempoh asas, bank digital berlesen tertakluk kepada keperluan pengawal seliaan yang lebih mudah berkaitan dengan kecukupan modal, mudah tunai, ujian tekanan dan keperluan penzahiran awam.

Berhubung dengan dana modal minimum, bank digital perlu mengekalkan dana modal minimum yang tidak terjejas oleh kerugian sebanyak RM100 juta sepanjang tempoh fasa asas, dan selepas tamat tempoh itu, jumlah yang ditetapkan adalah sebanyak RM300 juta.

Draf rangka kerja itu akan dikeluarkan bersama-sama dengan Prosedur Permohonan bagi Lesen Baharu di bawah FSA dan IFSA dan Prosedur Permohonan bagi Pengambilalihan Kepentingan dalam Saham dan menjadi Syarikat Pegangan Kewangan untuk memberikan penerangan yang lebih jelas mengenai prosedur dan kriteria yang ditetapkan dalam proses permohonan untuk menjadi pihak yang dilesenkan di bawah FSA dan IFSA.

Oleh itu, BNM mengundang maklum balas secara bertulis terhadap draf berkenaan, termasuk bidang yang memerlukan penjelasan lanjut atau cadangan alternatif yang boleh dipertimbangkan oleh bank pusat.

Maklum balas bertulis perlu disokong oleh alasan yang jelas dan disertakan bukti atau ilustrasi untuk membolehkan BNM membuat penilaian.

Semua maklum balas terhadap draf itu hendaklah dihantar kepada Bank Negara selewat-lewatnya pada 28 Februari 2020.

Bank pusat itu akan menilai semua maklum balas yang diterima dan akan memuktamadkan Dokumen Dasar pada separuh pertama 2020.

Permohonan untuk mendapatkan lesen akan dibuka sebaik saja Dokumen Dasar dikeluarkan. – BH Online

Tags: bank digitalBank IslamBank Negara Malaysia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

BNM Keluarkan Duit Syiling Peringatan Sempena Ulang Tahun RELA Ke-50

BNM Keluarkan Duit Syiling Peringatan Sempena Ulang Tahun RELA Ke-50

23/12/2022
1

PETALING JAYA: Bank Negara Malaysia (BNM) mengeluarkan duit syiling peringatan bersempena dengan sambutan ulang tahun Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) yang...

Bank Islam Tawar Moratorium 6 Bulan Kepada Mangsa Banjir

Bank Islam Tawar Moratorium 6 Bulan Kepada Mangsa Banjir

22/12/2022
0

KUALA LUMPUR: Bank Islam Malaysia Bhd (Bank Islam) mengumumkan pelaksanaan Program Prihatin Banjir untuk membantu pelanggan pembiayaan yang terjejas, berikutan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd