Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

2 Pengikut Tuhan Harun...

KUANTAN - Mahkamah Tinggi di sini hari ini, menjatuhkan hukuman mati ke atas...

Sultan Johor Belum Setuju...

ISKANDAR PUTERI : Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar hari ini menjelaskan...

28 Maut Kebakaran Kilang...

MANILA - Sekurang-kurangnya 28 orang maut dan berpuluh lagi dikhuatiri mati selepas sebuah...

Legenda Bola Sepak England,...

RAY WILKINS, bekas pemain tengah England yang bermain untuk Wycombe Wanderers pada tahun...

“Bapa Saya Bukan Seorang Pembunuh” – Nooryana

SHAH ALAM – Anak kepada bekas Perdana Menteri, Nooryana Najwa Najib menegaskan tuduhan terbaharu yang mengaitkan bapanya, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan pembunuhan wanita warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu sebagai fitnah.

Beliau yang tampil mempertahankan bapanya juga menyifatkan dakwaan terbaharu terhadap bapanya sebagai pembohongan.

“Bapa saya bukan seorang pembunuh,” terangnya dalam status akaun Instragram miliknya hari ini.

Menurut Nooryana Najwa lagi, dia telah menghabiskan masa dua jam untuk mendengar ucapan bekas Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama berkenaan keperluan pemimpin politik untuk menyedari bahawa mereka berada dalam kedudukan itu untuk buat kerja dan bekerja untuk rakyat.

“Kemudian saya pulang ke rumah untuk menyaksikan dakwaan fitnah yang keterlaluan oleh pihak tertentu. Dan siapakah yang menjadi mangsa terbesar dalam semua permainan yang tidak pernah berakhir dengan pengkhianatan dan fitnah?

“Rakyat, anak-anak kita, cucu kita, adakah kita akan membenarkan pembohongan dan penipuan untuk menjadi satu kejayaan baru di negara kita?” soalnya.


Portal Malaysiakini hari ini mendedahkan akuan bersumpah (SD) bekas pegawai polis, Azilah Hadri yang mendakwa arahan untuk membunuh Altantuya daripada Najib yang ketika itu merupakan Timbalan Perdana Menteri dan rakan rapatnya, Abdul Razak Abdullah Baginda.

Perincian itu dimasukkan dalam permohonan yang difailkan Azilah kepada Mahkamah Persekutuan bagi menyemak semula keputusan bersalah dan hukuman mati terhadapnya.

Dia juga memohon perbicaraan semula bagi mengemukakan bukti penuh berkaitan operasi sulit itu di mahkamah terbuka supaya keadilan dapat ditegakkan. – Sinar Harian

Kategori