• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 7, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

ASEAN NCAP Terima Anugerah Keselamatan Jalan Raya Di London

oleh
13/12/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Program Penilaian Kenderaan Baharu untuk Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN NCAP) menerima anugerah berprestij Prince Michael International Road Safety Award, di bawah kategori Keselamatan Kenderaan di The Savoy, London, pada Selasa lalu.

Anugerah itu disampaikan Putera Michael, anggota keluarga kerabat Diraja Britain kepada Setiausaha Agung ASEAN NCAP, Prof Adjung Khairil Anwar Abu Kassim dan Ketua Unit Keselamatan Kenderaan Penumpang Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), Yahaya Ahmad.

Ketua Pengarah MIROS merangkap Pengerusi ASEAN NCAP, Dr. Siti Zaharah Ishak, berkata badan bebas itu telah menampilkan pencapaian yang mantap dalam bidang keselamatan kenderaan seperti memastikan kenderaan yang dijual di rantau ini mempunyai sekurang-kurangnya dua beg udara, sistem mengingatkan supaya memakai tali pinggang keledar, dan juga kawalan kestabilan elektronik.

“Anugerah ini menggambarkan langkah penting dalam usaha kita kearah mengurangkan jumlah kematian akibat kemalangan jalan raya di rantau ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Sementara itu Khairil yang juga Pengarah Pusat Penyelidikan Biomekanik dan Keselamatan Kenderaan berkata beliau yakin yang anugerah ini akan melonjakkan lagi semangat badan itu untuk terus berusaha mengurangkan kenderaan dengan tahap keselamatan yang tidak memuaskan di rantau Asia Tenggara.

ASEAN NCAP adalah usaha bersama antara MIROS dan Alobal NCAP bagi meningkatkan taraf keselamatan kenderaan, meningkatkan kesedaran pengguna dan menggalakkan pasaran untuk kenderaan yang lebih selamat di rantau ini.

Selain daripada ASEAN NCAP, PLUS Malaysia Berhad (PLUS) turut meraih anugerah yang sama sebagai pengiktirafan kepada kejayaan syarikat dalam melaksanakan pelbagai inisiatif keselamatan di sepanjang 1,134.1 kilometer lebuh raya di Semenanjung Malaysia.

Ia adalah syarikat lebuh raya pertama Asean yang menerima anugerah antarabangsa yang melibatkan keselamatan lebuh raya.

Anugerah berprestij itu memperakui pencapaian serta inovasi yang akan menambah baik keselamatan jalan raya, dan ia diberikan kepada ahli perniagaan atau pertubuhan yang telah membangunkan inisiatif atau produk yang telah memberi sumbangan besar kepada keselamatan jalan raya di seluruh dunia.

Tags: ASEAN NCAPkeselamatan jalan raya
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd